Connect with us

#news

CEO Sime Darby positif Covid-19

Published

on

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas Pengerusi Sime Darby Bhd disahkan positif Covid-19, hari ini Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffri Salim Davidson pula disahkan dijangkiti virus itu.

Datuk Jeffri Salim Davidson kini dikuarantin selepas ujian positif untuk Covid-19. Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Kewangannya Mustamir Mohamad telah mengambil alih tanggungjawab CEO kumpulan semasa ketiadaan Jeffri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kumpulan itu berkata Jeffri Salim tidak pernah melawat mana-mana premis Sime Darby dalam tempoh 16 hari yang lalu, dan semua pekerja yang diketahui berhubung dengannya dalam tempoh ini telah diletakkan di bawah kuarantin sendiri dan menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

“Mana-mana pekerja yang mempunyai hubungan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah diminta melakukan pengasingan sendiri dan menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

“Sime Darby sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja, termasuk menjejaki individu-individu yang telah bersentuhan dengan GCEO,” kata kumpulan itu.

Kumpulan ini telah memulakan pelan kesinambungan perniagaannya dan semua pekerja di Malaysia akan bekerja remotely.

Sepanjang operasi Kumpulan di Asia Pasifik, Sime Darby telah memulakan pelan kesinambungan perniagaannya dengan sewajarnya untuk memastikan gangguan yang minimum terhadap operasi.

Selasa lalu, Pengerusi Sime Darby, Datuk Abdul Rahman Ahmad disahkan dijangkiti virus itu.

Continue Reading

Trending

Shares