Tukar Tayar Di Lorong Tengah, Pemuda Maut Kereta Dirempuh Hilux

Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas dilanggar pacuan empat roda ketika menukar tayar kereta di Kilometer 8 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di sini, semalam.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, kedua-dua mangsa dirempuh pacuan empat roda Toyota Hilux ketika menukar tayar kereta Proton Waja dinaiki mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pemandu kereta Proton Waja berusia 55 tahun bersama rakannya berusia 40 tahun dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Skudai.

“Dipercayai tayar hadapan sebelah kanan kereta yang dipandu si mati pecah dan menyebabkan dia memberhentikan kenderaannya di lokasi kejadian iaitu di lorong tengah jalan sebelum menukar tayar dengan dibantu rakannya.

“Sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun yang melalui jalan tersebut kemudian tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiba di tempat kejadian, tayar hadapan kereta dinaiki mereka pecah dan pemandu memberhentikan kenderaan itu di lorong tengah jalan sebelum menukar tayar dibantu rakannya.

“Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun melalui jalan itu merempuh bahagian belakang Proton Waja berkenaan.

Rupiah berkata, pemandu kereta cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Waja parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga kedua-dua mangsa untuk berhubung dengan Inspektor Ong Jing Siong menerusi 011-16490168 atau Ibu Pejabat Balai Polis Johor Bahru Utara 07-5563122.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga kedua-dua mangsa untuk berhubung dengan Inspektor Ong Jing Siong menerusi 011-16490168 atau Ibu Pejabat Balai Polis Johor Bahru Utara 07-5563122,” katanya.

Beliau turut memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan

sumber: HM

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.