Connect with us

#celeb

Che Nom Dapat RM7,762 Hanya Untuk 1 Video Resepi Ayam Masak Butter

Youtuber masakan popular, Che Nom hari ini telah menarik perhatian netizen apabila berkongsi pendapatan yg diperolehnya hasil daripada satu video yg pernah dimuat naik pada dua tahun yg lepas.

Pemilik nama sebenar Normah Bakar, 39, ini berkongsi perkara tersebut menerusi satu muat naik di laman Twitter miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Che_Nom (@che_nom)

Che Nom berkata dia agak terkejut apabila video resepi ayam masak butter yg dimuat naik pada Julai 2019 memperoleh pendapatan yg agak tinggi iaitu RM7,762.

“Video lama Che Nom Ayam Masak Butter, nak tergelak pon ada tengok ni.

“Tapi dah dapat RM7,762 dari video ni. Cuba untuk percaya kebolehan anda, bukan dengan bakat.

“As along as you have growth mentality you’ll be just fine,”

Ramai netizen terkejut dengan jumlah wang diperoleh yg diperoleh Che Nom pada satu video masakan sahaja.

Malahan, ada juga yang mahu menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam menceburi bidang baru.

Sebelum ini, nama Che Nom menjadi trending semula di laman sosial sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dikuatkuasakan.

Popular dengan pembuka kata ‘hai semua’ itu sebelum ini menjadi pilihan tontonan netizen di platform YouTube sewaktu PKP pertama kali dilaksanakan Mac tahun lalu.

Che Nom mengizinkan orang ramai untuk menggunakan resipi yg dikongsinya di media sosial untuk apa saja tujuan termasuk berniaga.

Jelas Che Nom, kesemua resipinya tidak diletakkan tanda dagang & menyifatkan perkongsiaannya selama ini atas dasar berkongsi rezeki.

“Siapa nak guna resepi Che Nom buat meniaga, gunalah… Tak perlu minta halal minta izin pun.

“Tak ada trademark. Insya-Allah sama-sama kita cari rezeki,” katanya.

Ciapan Che Nom itu mendapat pujian & reaksi positif dari wargamaya. Pada masa sama mendoakan agar YouTuber yg semakin dikenali itu dimurahkan rezeki.

Selain Che Nom, beberapa selebriti masakan media sosial antaranya Khairul Aming, Azie Kitchen & Danish Harraz tidak lokek berkongsi petua & resipi mereka kepada orang ramai.

Che Nom mula berjinak dalam arena YouTube pada 2013 & sehingga kini saluran YouTube Che Nom telah mengumpul lebih 994,000 subscriber & hampir 90,000 pengikut di Instagram.

Trending