Kanak-kanak ditinggalkan sendirian di kedai makan, JKM mencari ibu kandung atau pewaris

” Allahuakbar, kesian nya adik. Semoga ada rahsia indah untuk mu yang Allah Taala dah sediakan untuk mu di masa hadapan. InsyaAllah.”

Anak ditinggalkan di restoran, JKM ibu kandung atau

SABAK BERNAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabak Bernam mencari ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan di sebuah kedai makan di Kampung Sekendi pada tahun 2017.

JKM dalam kenyataannya memaklumkan, ibu kandung kanak-kanak itu dipercayai meninggalkan anaknya dikenali sebagai Siti Aisyah, 4, di kedai makan Marwiah Hamiran, 52, yang ketika ini menjadi ibu angkat kepada kanak-kanak tersebut.

“Sehingga kini, ibu kandung kanak-kanak itu terus menghilangkan diri dan gagal dikesan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“JKM dalam usaha mengesan ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak ini untuk membantu mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.

“Oleh itu, JKM Sabak Bernam memohon ibu kandung atau warisnya untuk menghubungi pegawai pelindung daerah Sabak Bernam di talian di 03-3224 2304 atau 03-3224 2873,” katanya.

Kes penderaan kanak-kanak dan pengabaian di negara ini telah mendapat perhatian dari kerajaan dan rakyat Malaysia, khususnya.

Pada Rabu, bapa seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dikurung di dalam sebuah apartment berhampiran Sungai Dua di Butterworth, Pulau Pinang dalam keadaan kurang zat serta didera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di negeri tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dengan kes-kes sedemikian yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan kini sedang merangka akta baru yang memberi penekanan lebih kepada pengabaian untuk menggantikan Akta Kanak-kanak 2001.

Kanak-kanak tersebut kini dilaporkan pulih dan stabil selepas meneerima rawatan di hospital.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, memandangkan pindaan yang dibuat adalah lebih 70 peratus, ia lebih baik dikenali sebagai Akta Kanak-Kanak yang baharu.

Katanya, akta terbabit yang dijangka mengenakan hukuman lebih berat kepada ibu bapa yang bersalah mengabaikan anak mereka dan diharap dapat memberi pengajaran kepada ibu bapa sebelum melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan anak.

Sebagai contoh, dalam kes kanak-kanak berusia dua tahun Siti Soffea Emelda Abdullah, yang diculik dan dipancung di Sungai Klang pada siang hari, Mei tahun lepas.

Ibunya, Siti Salmy Suib yang kehilangan tempat tinggal dan menganggur, telah dilaporkan di bawah siasatan kerana ‘meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan’ di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Namun tiada perkembangan terkini dari Siti Salmy, 33, dan juga kes ini sejak Jun tahun lalu apabila mayat seorang lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak itu ditemui terapung di Sungai Klang beberapa hari selepas pembunuhan tersebut.

Ramai yang bimbang sekiranya kes-kes sebegini muncul semula, namun kita masih belum dengar langkah yang benar-benar proaktif bagi membendung isu ini.

Sementara itu, ramai juga bersetuju bahawa media sosial memainkan peranan penting dan berkesan dalam menyebarkan maklumat dan merupakan medium yang terbaik untuk mendapatkan perhatian, terutama daripada pihak berkuasa.

Media sosial boleh menjadi pisau bermata dua, tetapi ibu bapa perlu tahu dan sedar bagaimana untuk menggunakannya dengan bijak, kata seorang pengguna media maya.

“Media sosial adalah tempat yang baik untuk mengetengahkan isu-isu dan mendapat respon orang-orang awam. Tetapi bagi kes-kes yang melibatkan kanak-kanak, saya rasa kita tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi dan gambar-gambar ibu bapa serta anak-anak mereka.

“Maklumat dan gambar-gambar ini akan berada di atas talian untuk masa yang lama, jadi mungkin kita perlu menggunakan budi bicara kita sendiri tentang maklumat tersebut,” katanya.

Baru-baru ini, Rohani berkata Akta baru itu akan memberi tumpuan lebih kepada pengabaian ibu bapa, tidak seperti Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata kementerian itu telah mengemukakan draf pindaan kepada Akta Kanak-kanak kepada Peguam Negara pada tahun 2014 tetapi ia telah dikembalikan kepada kementerian untuk melakukan beberapa perubahan kecil.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.