Terdahulu, Mohd Amin Yasin yang merupakan bekas suami kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) telah failkan tuntutan hadhanah kepada dua anaknya bertempat di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

DSV telah mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya selepas keputusan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Bapa tuntut harta sepencarian dari ibu

Namun, menurut laporan dari akhbar, bapa kepada Cik B dan Eric Zacquan (Kacak), 14, Mohd Amin Yasin, 43, maklumkan dia akan tuntut harta sepencarian dan insurans dua anaknya yang telah meninggal dunia semasa insiden rumah DSV terbakar di Meru Hill, lapan tahun lalu.

Cik B tak sangka

Isu demikian telah membuatkan Cik B atau nama sebenar Nur Edlyn Zamilleen muatnaik luahannya menerusi akaun laman sosial Twitternya semalam.

Kalini suami pulak minta harta sepencarian

Namun, Cik B tidak ulas lebih lanjut berkenaan isu itu dan cukup mempersoalkan keinginan oleh bapanya selepas gagal mendapatkan hak hadhanah daripada mahkamah.

Perkongsian tersebut mendapat berbagai jenis reaksi daripada pihak netizen sehingga ada sesetengah individu luah rasa jengkel dengan tindakan Mohd Amin Yasin.

Terdahulu, bapa kepada Cik B dan Kacak menyatakan bahawa dia berlapang dada terhadap keputusan mahkamah. Cik B dan Kacak juga turut diminta untuk hubungi bapa mereka sebulan sekali bagi mengelakkan putusnya hubungan silaturrahim.

Namun, Cik B dan Kacak memaklumkan akan berbuat demikian setelah mereka betul-betul bersedia.

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."