Connect with us

#pop

Cikgu Muda Tergamam Lihat Anak Murid Tak Mampu, Pakai Pelitup Muka Kotor Dan Berjahit

Sudah diketahui umum bahawa Malaysia sudah mula mewajibkan pemakaian pelitup muka bemula 1 Ogos lalu. Berikutan dengan itu, ianya sudah pun menjadi rutin harian bagi pelajar sekolah dan guru sekolah untuk memakai pelitup muka semenjak sesi persekolah dibuka semula Julai lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Namun, menerusi laman sosial Twitter telah tular dimana seorang guru kongsikan kisah mengenai pelitup muka milik salah seorang anak muridnya yang sudah tercemar malah dijahit pula dengan benang hitam pada bahagian tali.

Guru tersebut, Fazri Hassan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah dan mengajar pendidikan khas. Kejadian itu berlaku pada hari Rabu dan impaknya membuatkan dia tersentak sebagaimana yang dikongsikan menerusi Twitter.

“Masa tu sedang mengajar dalam kelas, saya berbincang dengan murid-murid topik pemakaian pelitup muka.

Fazri sudah menyediakan pelitup muka lebih di dalam kereta dan kelas.

“Saya tanya kenapa perlu pakai dan sebagainya sehinggalah saya nampak pelitup muka seorang murid ni sudah kotor.”

“Dia sebenarnya murid pendidikan khas tahun enam, murid lelaki. Tapi saya memang dah ada standby dalam kereta dan dalam kelas, jadi saya bagi yang baru untuknya,” kata guru berusia 27 tahun itu kepada pihak mStar.

Fazri Hassan atau lebih mesra dipanggil Fazri, dia akui rasa sedih melihat pelajarnya ada yang terpaksa memakai pelitup muka berulang kali.

Bukan nak menidakkan kebaikan orang. Cuma kami boleh uruskan lagi.
– FAZRI HASSAN

Menyedari akan hal itu, dia juga akan mula memeriksa dengan kerap berkaitan dengan pemakaian pelitup muka demi menjaga kesihatan dan keselamatan pelajar-pelajarnya.

“Memang tahu ada sesetengah keluarga yang mungkin tak mampu nak sediakan pelitup muka baharu setiap hari.

“Sebab pelitup muka dah jadi barang keperluan. Bagi yang berduit, mungkin tiada masalah.

Fazri berkongsi kisah itu pada hari Rabu.

“Tapi ada insan lain yang kesempitan, ada yang kehilangan kerja waktu PKP dan sebagainya,” tambah Fazri.

Setelah perkongsiannya itu tular di Twitter, Fazri menerima mesej daripada beberapa individu yang berhasrat menyumbangkan pelitup muka untuk murid-murid di sekolah itu.

Sebak dan syukur dengan perbuatan ikhlas itu, namun dia bertindak menolak tawaran itu dengan cara elok dan mengatakan masih mampu menguruskan perkara itu bersama rakan guru yang lain.

Cikgu Muda Tergamam Lihat Anak Murid Tak Mampu, Pakai Pelitup Muka Kotor Dan Berjahit

Ciapan asal di Twitter.

“Bukan nak menidakkan kebaikan orang. Cuma kami boleh uruskan lagi. Selepas saya kongsi di Twitter, ada dalam lima orang nak bantu.

“Setakat ini, saya dan guru lain boleh cover lagi. Kami bantu selagi kami mampu.

“Apa-apapun. terima kasih atas tawaran itu,” ujarnya lagi.

Semoga Cikgu Fazri Hassan dipermudahkan urusannya membantu anak murid di sekolah In Shaa Allah. Jasa guru tiada gantinya.

Sumber: mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya