Connect with us

#pop

Cinta Sejati, cukup sekadar Selipar & Segelas air sebagai mas kahwin

Bila sebut perkataan model, kebanyakkan orang akan membayangkan manusia yang elegan, fotogenik, bergaya, dan hidup mewah. Namun siapa sangka, model ini hidup sempoi dan gaya hidupnya simple. Sampaikan hal perkahwinan pun simple!!!

Perkara itu berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia. Mengikut laporan dari Portal Kompas, Indonesia, wanita yang bernama Helmi, 20 tahun, melakukan perkara tersebut hanya sebab tidak mahu membebankan suaminya yang berumur 24 tahun, bernama Yudi Anggata.

Apa yang diminta oleh Helmi sebagai mas kahwin? Dia hanya minta sepasang selipar Jepun dengan segelas air je! Biar betik! Tapi apapun mari kita baca alasan diberikan oleh model tersebut.

“Saya memilih selipar Jepun dan segelas air sebagai mas kahwin kerana tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.”

“Tiada alasan lain dan saya minta selipar jepun itu diletakkan di dalam bekas.”

“Pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan kepada anak kami nanti,” katanya yang pernah muncul sebagai model dalam video klip lagu tradisional di Indonesia.

Cinta Sejati, cukup sekadar Selipar & Segelas air sebagai mas kahwin

Untuk makluman, pasangan simple ini ‘viral’ lepas video pernikahan mereka mendapat perhatian alamaya. Didalam video tersebut, pasangan ini kelihatan cantik dan unik dengan persalinan berwarna putih.

Apa yang kelakarnya, dalam video itu juga, Yudi mengucapkan ijab kabul dan ayatnya itu mencuit hati ramai penonton, ahli keluarga dan saksi ketika waktu indah itu berlangsung.

“Aku terima kawin Hemi maskawin sandal jepit dan air segelas,” ujar Yudi.

Yudi dilihat beberapa kali melafazkan akad nikah sebelum disahkan sebagai suami isteri. Helmi duduk di sebelah kiri lelaki itu sambil tersenyum melihat pasangannya itu.

Selesai akad nikah, Helmi dilihat meminum air di dalam gelas berwarna coklat. Menurut Helmi, selipar Jepun dan segelas air itu adalah permintaannya sendiri.

Hahahaha macam-macamlah kerenah orang ketika kahwin ya! Apa pun, semoga berbahagia ke anak cucu!

Sumber: Portal kompas

Continue Reading

Trending