“Tutup la sempadan negara..haih..dah la olympic kat jepun..atlet2 yg blk pon better dikuarantin dlu sblm pulang ke rumah..xkira la swab positif atau negatif..” – netizen risau

Sejak mulai wabak ᴄᴏᴠɪᴅ-19 menyerang dunia pada akhir tahun 2019, wabak ini seolah tidak menemui jalan putus sehingga kini. Kemunculan wabak ini telah membuatkan lebih 200 juta individu disahkan positif manakala 4.29 juta kematian telah direkodkan.

Terbaharu, selepas kehadiran varian Delta dan Delta Plus, dilaporkan sebuah lagi varian baharu dikenali sebagai Lambda disahkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun baru-baru ini.

Kenyataan ini turut disahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hishahm Abdullah menerusi laman Facebook beliau yang memaklumkan varian ini lebih mudah berjangkit serta lebih kuat dalam melawan imuniti individu yang sudah divaksin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes pertama membabitkan varian tersebut telah direkodkan di Jepun.

“Varian Lambda novel virus korona, pertama kali dikenal pasti di Peru, telah dijumpai di Jepun untuk pertama kalinya.

“Varian itu dikesan pada seorang wanita berusia 30-an di Lapangan Terbang Haneda yang tiba dari Peru pada 20 Julai.

“Dia diuji positif virus korona ketika pemeriksaan kuarantin di lapangan terbang, tanpa gejala,” katanya menerusi satu entri yang dimuat di akaun Facebook miliknya.

“Virus ini disahkan sebagai varian Lambda dalam analisis oleh Institut Penyakit Berjangkit Nasional.

“Menurut lembaga itu, varian Lamba pertama kali dikesan di Peru pada bulan Ogos tahun lalu dan telah tersebar di Amerika Selatan,” tambahnya.

Menurut Dr. Noor Hisham lagi, biarpun sikit yang diketahui mengenai varian Lambda pada ketika ini, namun ia dikatakan lebih mudah menular berbanding varian lain.

“Berbanding dengan ketegangan konvensional, variannya mungkin lebih menular dan memiliki kekebalan lebih kuat terhadap vaksin, tetapi perinciannya tidak diketahui, menurut insitut terbabit,” terangnya.

Varian Lambda pertama kali dikesan di Peru pada bulan Ogos tahun lalu dan telah merebak di Amerika Selatan.

Setakat ini Malaysia masih bebas daripada Varian Lambda.

Pada Ahad, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa pelancong yang divaksinasi sepenuhnya dari luar negara yang datang ke Malaysia, termasuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, akan dibenarkan untuk kuarantin kendiri di rumah.

Pada hari Jumaat, Dr Noor Hisham mengatakan bahawa kenaikan jumlah kes ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sekarang disebabkan oleh peningkatan ujian saringan dan penyebaran varian Delta.

Menurut beliau, Varian Delta yang sangat mudah berjangkit adalah agresif dan kurang responsif terhadap rawatan yang diberikan.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.