Tutup Buku Mimpi Berkahwin Dengan Vida, Roslan Shah Lawan Herdik Dengan Diva AA. Membongkar Semua Cerita Dalam Kain?

Kisah mengenai mimpi Roslan Shah berkahwin dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida akhirnya membawa kepada babak baru yang melibatkan pengacara kontroversi Azwan Ali.

Baru-baru ini, melalui tweet Azwan atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA, pengacara berkenaan seolah-olah menyindir Roslan berdasarkan kenyataan beliau yang mimpikan Vida.

Tulis Diva AA; “Nafsu lelaki ker nafsu ….? Udoh-udohlah tu ny*h. Ko gi jual rojak jer dari gelupuh bikin kontroversi yang tak ada hasil. Kecuali bila ko meroyan, TV3, Astro, RTM, Awesome TV berebut offer ko! Kesian.”

Tidak berhenti di situ, Diva AA juga difahamkan turut melayangkan tweet yang mendedahkan sisi gelap Roslan.

a

Hal itu mencuit Roslan yang kemudiannya berang dan marah dengan tweet Diva AA dan membalasnya di Instagram pada hari Rabu.

“Kau ada mimpi Datuk Seri Vida ke? Aku tak kacau kau jangan sampai aku laserrrr kau ya !!!!!….Nanti telinga kau sampai keluar bernanah tau lama mulut puaka aku tak keluar ya.. !!!!!!

“Awas kepada si dalang dalang dajal ya…..Tak tahu cerita jangan nak menghukum orang. Diva AA kau jangan nak berangan… Kau ingat aku takut dengan kau… Puihhhh. Nyah kau dari sini ahli neraka jahanam!

“Siapa yang mulakan meroyan dulu? Diam bukan bererti takut ya…..Ambil kau hahahahaha. Mulut pembawa v1rus Cor0na di muka bumi ini adalah kau!” tulis Roslan.

a

Terdahulu, pendedahan Roslan bermimpi mengahwini Vida menarik perhatian ramai. Malah, Roslan sendiri sudah menghubungi Vida dan bakal suaminya, Iqbal Zulkefli untuk menjelaskan perkara sebenar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Gempak

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.