Meriah Buat Persiapan, Ini Suasana Menjelang Aidiladha Di Brunei Yang Berbeza Dengan Malaysia

PERAYAAN dan sambutan hari istimewa keagamaan pasti menjadi acara yang dinanti-nantikan saban tahun bagi kebanyakan agama di seluruh dunia. Namun, akibat penularan wabak ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang berkehendakkan masyarakat dari seluruh kaum dan bangsa untuk menyambutnya tidak seperti kelaziman.

Acara berkumpul beramai-ramai, upacara sembahyang berjemaah di tempat ibadat, majlis makan malam perlu disambut hanya dalam kalangan keluarga sahaja demi membendung musuh ‘halimunan’ ini.

Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Aidiladha. Segala persiapan perlu dilakukan bagi memeriahkan sambutan perayaan ini. Namun begitu, pandemik yang melanda negara menyebabkan sambutan perayaan disambut dengan sederhana.

Tetapi, berbeza di Bumi Brunei Darussalam apabila persediaan sambutan perayaan di negara itu sudah kembali ‘normal’. Mana tidaknya, kemeriahan suasana bagi menyambut kedatangan Aidiladha dapat dilihat apabila rakyat Brunei boleh membeli-belah di pasar dan kedai tanpa memakai pelitup muka.

Menerusi perkongsian beberapa keping gambar oleh laman Facebook Brunei Dot Com 2.0, rakyat Brunei sedang sibuk melakukan persiapan akhir membeli-belah menjelang perayaan Aidiladha yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Kemeriahan suasana perayaan di Bandar Seri Begawan pada 15/07/21

Ini Suasana

Ini Suasana

Ini Suasana

Ini Suasana

Difahamkan, suasana itu berlaku oleh kerana Brunei telah mencatat kes sifar bagi jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Menurut laporan Pelita Brunei, kes terakhir bagi jangkitan tempatan yang dilaporkan di negara itu adalah pada 6 Mei 2020.

Hal ini bermakna, Brunei sudah mencatatkan 345 hari kes sifar atau hampir setahun bebas daripada wabak ᴄᴏᴠɪᴅ-19, sekaligus rakyatnya dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Berdasarkan gambar, pengunjung dilihat bebas melakukan pelbagai aktiviti seperti membeli belah, berjalan, bermain skuter permainan dan macam-2 lagi. Memang meriah!

Ini Suasana

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar jangan sesekali melakukan aktviti rentas daerah atau negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, seluruh negara ketika ini sama ada yang di bawah kategori Fasa 1 atau Fasa 2, masih belum boleh berbuat demikian.

Malah Ismail Sabri turut menggesa masyarakat mengambil iktibar beberapa kes lonjakan jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang berlaku setelah melakukan rentas daerah dan negeri semasa sambutan Aidilfitri lalu.

“Saya harap semua kita mengambil iktibar daripada kes yang berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri dulu walaupun ketika itu dari segi SOP, rentas daerah, rentas negeri masih belum dibenarkan, tetapi ramai yang curi-curi balik, ramai yang ikut ikut lorong tikus dan sebagainya.

“Kalau kita lihat kes rentas negeri, kluster itu memuncak selepas itu (Aidilfitri). Kes di Terengganu misalnya, seluruh keluarga dijangkiti (ᴄᴏᴠɪᴅ-19) dan ada yang meninggal dunia. Begitu juga di Kelantan, pun ada kes yang sama… jadi saya harap (kes-kes) itu menjadi iktibar kepada kita,” kata beliau.

Dalam masa sama, Ismail Sabri menasihatkan masyarakat agar bersabar dan menunggu sehingga negara sudah mencapai imuniti kelompok untuk diberi kebenaran merentas daerah dan negeri di Fasa 3 dan Fasa 4.

“Tolonglah, jangan rentas negeri dan rentas daerah. Insya-Allah kalau vaksin telah dapat kita berikan kepada rakyat, bila komuniti berkelompok sudah diperoleh (melalui) Fasa 3 atau Fasa 4, rentas daerah dan rentas negeri akan dibenarkan.

“Jadi tunggulah fasa yang akan datang, Fasa 3 boleh rentas daerah dan Fasa 4 boleh rentas negeri, jadi sabarlah sedikit,” jelas Timbalan Perdana Menteri lagi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen dari kalangan rakyat Brunei turut mengingatkan antara satu sama lain agar semua tidak alpa dengan kebebasan yang diberikan kerana wabak ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ini masih melanda dunia.

Walaupun negara kita terkawal, jangan lupa penjarakkan sosial

Ini Suasana

SOP please, kita jangan lalai dan leka hanya kerana negara kita bebas dari wabak

Ini Suasana

Rakyat Brunei juga turut mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia supaya bebas daripada wabak ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ini.

Saya mendoakan agar rakyat Malaysia diberikan kesihatan dan kesembuhan dan dijauhi dari ᴄᴏᴠɪᴅ-19…

Ini Suasana

Ini Suasana

Yang pasti, kelainan ini bukanlah menafikan hari kemenangan bagi umat Islam yang perlu disambut dengan sederhana. Namun, sifat keredhaan itu perlu diakui sebagai menzahirkan kesyukuran.

Aidilfitri 2021 juga bakal menjadi suatu perayaan yang dikenang pada masa akan datang.

Semoga Malaysia juga dapat kembali kepada keadaan sediakala dan bebas daripada wabak pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19 seperti di negara Brunei.

Sumber: Facebook Brunei Dot Com 2, Pelita Brunei , siakapkeli.my

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.