Connect with us

#pop

“Comelnya, Tiga-Tiga Kami Sayang” M0men Berharga, Ramai ‘Jatuh Cinta’ Bila Muhyiddin, Ismail Sabri Dan Dr Noor Hisham Buat Vide0 C0nference

Biarpun terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memantau perkembangan dan situasi COVID-19 di Malaysia.

Komitment Muhyiddin itu terbukti apabila beliau melakukan sidang video bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sidang Video bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ” katanya menerusi satu posting di akaun rasmi Twitternya.

Gambar ketiga-tiga individu penting itu kemudian viral dan mendapat perhatian ramai netizen.

Ada yang tertarik dengan keprihatinan Muhyiddin, namun tidak kurang juga yang seronok melihat keceriaan mereka ketika melakukan sidang media.

Untuk rekod, Muhyiddin terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari susulan seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, Rabu lalu, disahkan positif Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Muhyiddin sudah menjalani ujian saringan dan didapati negatif.

Anda boleh lihat momen menarik sepanjang sidang video itu dijalankan.

Sidang Video bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dan YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

Gepostet von Muhyiddin Yassin am Donnerstag, 28. Mai 2020

Sidang Video bersama YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dan YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

“Alhamdulillah, tengah hari tadi saya telah berpeluang mengadakan sidang video bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang situasi COVID-19 di Malaysia.

Dalam interaksi saya bersama mereka yang berlangsung selama 40 minit itu, beberapa perkara utama telah dibincangkan. Antaranya kempen menggalakkan pemimpin komuniti memperkasa komuniti masing-masing untuk mengambil tanggungjawab melindungi dan memelihara komuniti daripada jangkitan COVID-19.

Saya percaya kempen ini dapat mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi dan akhirnya akan meringankan beban petugas-petugas barisan hadapan (frontliners).

Langkah ini juga sangat penting dalam merangka “exit plan” bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang juga merupakan kriteria terakhir yang mesti dipenuhi sebelum PKPB boleh ditamatkan.

Kami turut berbincang mengenai proses penghantaran balik pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disahkan negatif COVID-19. Saya telah mengarahkan supaya proses tersebut dipercepatkan bagi mengurangkan risiko penularan semula jangkitan COVID-19 dalam kalangan PATI yang berada di depot tahanan imigresen.

Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian semasa usaha memerangi COVID-19 seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Dr Noor Hisham. Saya percaya, sekiranya seluruh masyarakat dapat bekerjasama dan mengambil tanggungjawab menjaga komuniti masing-masing, negara kita akhirnya akan berjaya mengakhiri penularan wabak COVID-19.

Ada yang mendakwa saya berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di sana. Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Namun dalam keadaan negara masih berperang melawan wabak COVID-19, saya akan pastikan perbincangan merancang strategi melawan COVID-19 mesti diteruskan.”

-Muhyiddin Yassin-

Bapa Kebajikan

Continue Reading

Trending