Terkini | Tahniah! Azmi Saat Timang Cahaya Mata Pertama Setelah 10 Tahun Menunggu.

Kuala Lumpur: Penantian selama 10 tahun penyanyi, Azmi Saat, 34, dan isterinya, Nazira Muhammad, 35, kini terbayar apabila Nazira selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka tepat jam 9.09 pagi, hari ini di sebuah pusat perubatan, di sini.

Azmi bersyukur kerana proses kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Khairul Afnan itu berjalan dengan begitu lancar menerusi kaedah pembedahan.

a

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sekitar jam 7.30 pagi tadi, kami tiba di hospital dan kemudian isteri saya menjalani ujian calitan dan kurang sejam, proses kelahiran selesai.

“Alhamdulillah juga, kami dikurniakan cahaya mata pertama, bayi lelaki dengan berat 3.3 kilogram,” katanya kepada Harian Metro.

Azmi juga memenuhi hasrat isterinya untuk turut berada dalam dewan pembedahan.

“Memang menjadi hasrat isteri saya untuk menemaninya ketika dia bersalin, tak kiralah sama ada bersalin secara normal ataupun menerusi pembedahan.

“Jadi, doktor dan pihak hospital juga memberi keizinan untuk saya berada di dewan pembedahan. Sepanjang proses itu, doktor menjelaskan kepada saya setiap proses yang dilakukan, begitu juga dengan isteri saya.

a

“Jadi, saya dapat berasakan satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata, lebih-lebih lagi apabila pertama kali mendengar tangisan bayi kami,” katanya.

Azmi turut berkongsi fotonya bersama bayi di Instagramnya dan meluahkan saya syukur atas rezeki Allah itu.

a

Azmi yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers dan Nazira sebelum ini berumah tangga pada 2011.

Sumber: hm

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.