Connect with us

#news

Cov-19 Kali Ini Lebih D4hsyat Dari Bulan Mac – Kongsi Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan semua individu untuk menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Saranan itu adalah SOP yang perlu dipatuhi kerana ia satu-satunya kaedah untuk menghentikan wabak penularan Covid-19.

Tanggal 27 Julai 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa potensi negara Malaysia untuk menghadapi gelombang ketiga tidak mustahil.

Ia akan berlaku jika masih ada segelintir pihak yang mengingkar arahan SOP yang ditetapkan KKM.

Dr Noor Hisham mengatakan Covid-19 ibarat bara api dan kegagalan untuk mengamalkan SOP adalah bahan api yang berpotensi mencetuskan gelombang ketiga Covid-19 di negara ini.

Cov-19 kali ini lebih d4hsyat dari bulan Mac – Kongsi Dr Noor Hisham

Tanggal 2 Ogos 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham menyarankan kepada seluruh warga Malaysia untuk mengambil sedikit sebanyak pengajaran daripada negara lain supaya gelombang keramat Covid-19 dapat dicegah.

Hal ini amat membimbangkan Dr Noor Hisham.

Tambahnya, penjarakan fizikal dan pencucian tangan wajib diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Sewaktu berada di tempat awam, rakyat harus memakai pelitup muka.

Bukan itu sahaja, Dr Noor Hisham juga menyarankan orang ramai untuk duduk dirumah masing-masing.

“Kurangkan berada di tempat sesak atau awam, beradalah di dalam rumah yang lebih selamat. Jaga diri sendiri, jaga keluarga, jaga masyarakat dan jaga negara kita” – Katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu kongsikan statistik tiga buah negara iaitu Australia, Hong Kong dan Jepun.

Ketiga-tiga negara tersebut mengalami peningkatan mendadak kes Covid-19 dari bulan Jun 2020, walaupun mereka berjaya merekodkan penurunan kes yang ketara sebelum ini.

Selain itu, ketiga-tiga negara terlibat telah saksikan kes yang meningkat secara drastik berbanding Mac lalu akibat daripada gelombang kedua penularan pandemik itu.

Dr Noor Hisham mengatakan bahawa kanak-kanak berusia dua tahun kebawah tidak perlu memakai pelitup muka.

“Hal ini kerana kanak-kanak tidak pandai membuka pelitup muka kalau perlu,” katanya.

Kita doakanlah agar usaha Dr Noor Hisham dan pasukannya membuahkan hasil yang positif. Kita sebagai rakyat Malaysia, patuhilah prosedur SOP yang ditetapkan. Kita jaga kita.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya