Connect with us

#news

COV19 Akibat Kehabisan Makanan Dan Wang, Penduduk Selatan Itali Mula Bertindak Luar Batasan

italyyy

Pelaksanaan penuh perintah berkurung sejak lebih 20 hari lalu susulan daripada penularan wabak Koronavirus baharu (COVID-19) telah mengakibatkan rakyat di selatan Itali mula bertindak di luar kawalan.

Auto Draft

Tindakan ganas seperti mencuri dan bergaduh dengan pihak berkuasa dipercayai berlaku selepas rata-ratanya terdesak akibat kehabisan bekalan makanan dan wang.

Memetik laporan media tempatan, satu rakaman video memaparkan seorang lelaki menjerit kepada pihak berkuasa sambil memaklumkan bahawa keluarganya sudah kehabisan wang.

Auto Draft

Ibunya pula merayu kepada pihak berkuasa supaya mengikut mereka pulang bagi membuktikan bahawa keluarga mereka benar-benar sudah kehabisan bekalan makanan.

Ketegangan yang berlaku di hadapan sebuah bank itu dipercayai tercetus selepas lelaki berkenaan gagal mengeluarkan wang pencen ibunya susulan premis terbabit ditutup.

Menerusi satu rakaman lain pula, seorang lelaki bergelar bapa berkata, kesabaran mereka sudah sampai hadnya.

Auto Draft

“Sudah 20 hari kami terperangkap di dalam rumah sendiri. Seperti anak saya, ramai kanak-kanak lain tidak dapat makan walaupun secebis roti,” ujarnya.

Selain video, beberapa foto turut tersebar di internet memaparkan pasukan polis dikerahkan ke sebuah pasar raya di Palermo, Sicily susulan aduan dibuat bahawa orang ramai sudah mula mencuri bagi memenuhi keperluan asas masing-masing.

Auto Draft

Tidak cukup dengan itu, Datuk Bandar Palermo, Leoluca Orlando berkata, terdapat kumpulan penjenayah yang cuba mengeksploitasi dan menghasut orang ramai untuk melakukan keganasan.

“Ketakutan dan keresahan semakin meluas. Kami menerima banyak laporan membimbangkan mengenai protes dan eksploitasi penjenayah yang ingin menganggu kestabilan sistem,” katanya.

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya