Connect with us

#news

Jemaah tabligh laung azan dalam wad, solat jemaah & dengar cakap doktor

Sekumpulan jemaah tabligh yang menerima rawatan di hospital seluruh negara sentiasa mengisi masa terluang mereka dengan melakukan amal ibadah ketika menjalani proses kuarantin akibat Covid-19.

Terbaru, dua keping gambar mereka di dalam wad Hospital Sungai Buloh (HSB) dimuat naik seorang doktor perubatan yang kelihatan sedang melaungkankan azan sebelum menunaikan solat berjemaah.

“Pagi yang mendamaikan. Azan Subuh berkumandang di setiap cubicle. Setiap cubicle melambangkan tempat yang berbeza. Solat berjemaah dengan jarak satu meter berpisah antara satu sama lain,” tulis Amirul Asyraf.

Menurut Amirul, kira-kira 576 individu disahkan positif selepas hadir ke perhimpunan ijtimak di Masjid Jamek Seri Petaling yang berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Posting berkenaan menerima 1,500 tanda suka dan 938 perkongsian serta komen netizen yang rata-rata mendoakan agar petugas perubatan dan para pesakit dilindungi Allah SWT.

“Aku yang bagi usrah kali ni..” – Doktor

Moga cepat sembuh semua!

Bukan semua tak dengar cakap

Rehatlah…

Jemaah tabligh bukan dianggotai semuanya oleh para wali, mereka hanya jemaah yang iltizam untuk jadi baik dengan menyeru orang lain jadi baik. Mereka juga insan, yang terdedah kepada kesalahan. Mereka juga perlu peringatan.

Mari kita ingatkan sebahagian daripada mereka (dalam kes covid19) ini dengan kasih sayang, seperti mereka juga pernah mengingatkan kita agar kembali kepada Tuhan dengan penuh kasih-sayang. Agama ini bukankah agama kasih sayang?

Sumber : Amirul Asyraf

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya