Lagi mati tergantung, isteri pelik suami tak pulang ke rumah jumpa tergantung di bengkel miliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, wabak ᴄᴏᴠɪᴅ-19 memberi impak dan kesan yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia .

Justeru katanya, penting untuk mengenal pasti perubahan tingkah laku individu seperti selalu kelihatan sedih dan tertekan, hilang minat terhadap aktiviti biasa dilakukan, kesukaran menumpukan perhatian dan melakukan rutin harian.

Ada juga yang mengasingkan diri dari keluarga dan rakan, mengalami gangguan tidur dan selera makan, bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling dan menyalah guna alkohol serta dadah.

Selain itu, gejala awal kemurungan pula adalah seperti menyatakan perasaan hilang harapan, putus asa atau bosan untuk hidup dan merasa kehadirannya membebankan ahli keluarga di samping menyatakan keinginan untuk mengakhiri  riwayat hidup secara lisan atau penulisan.

“Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan di atas, individu perlu mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk,” katanya dalam satu kenyataan.

BAGAN SERAI – Seorang lelaki ditemui tergantung di dalam sebuah bengkel motosikal di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth berhampiran Masjid Tinggi di sini, malam tadi.

Mangsa, Tan Hock Meng, 60, ditemui isterinya dalam keadaan tergantung dalam bengkel miliknya setelah tidak pulang ke rumah yang terletak di Taman Sinar dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Menurut sumber, mangsa bercadang untuk menjual bengkelnya minggu ini kepada seorang pembeli dan meminta masa untuk mengemas barang-barang yang terdapat di dalam bengkel tersebut.

“Kedai motosikal yang diusahakan mangsa tidak beroperasi sejak tiga bulan lalu dan dia dikatakan bercadang untuk menjual kedainya pada harga RM10,000,” ujar sumber tersebut.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala pihak polis masih berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan. (semalam) – K! ONLINE

Kesempitan hidup akibat kehilangan sumber pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi salah satu faktor utama peningkatan bilangan individu mengalami tekanan perasaan.

Trend peningkatan mendadak jumlah pemanggil yang mendapatkan bantuan kaunseling kerana masalah itu dikenal pasti bermula awal tahun ini, sekitar Mac lalu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Lagi mati tergantung, isteri pelik suami tak pulang ke rumah jumpa tergantung di bengkel miliknya.

Bercakap kepada Utusan Online, Kaunselor Berdaftar Penyelaras Pusat Kaunseling Selangor, Rinatho Nunchi berkata, jumlah pengadu harian di Pusat Kaunseling Selangor meningkat sehingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

Katanya, jika tahun lalu jumlah pengadu harian hanya antara dua hingga tiga orang tetapi bermula Mac lepas, jumlah pengadu meningkat sehingga tujuh orang.

“Kebelakangan ini semakin ramai pengadu yang tertekan berpunca daripada isu kewangan kerana ada antara mereka yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan. Ada juga yang pekerjaan mereka tidak terjejas tetapi mereka perlu membantu ahli keluarga lain yang terjejas.

“Kini jumlah aduan yang diterima mencecah tujuh orang dalam sehari malah ada juga pengadu berulang yang masih memerlukan khidmat kami,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Rinatho, majoriti pengadu yang diterima di pusat kaunseling itu adalah berbangsa Melayu.

“Mereka bukanlah berhubung melalui panggilan telefon sahaja tetapi lebih banyak mengadu menerusi aplikasi Whatsapp dan Telegram,” jelasnya.

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.