Connect with us

#vvip

Cubaan sond0l suami dipatahkan : Skndal ajak suami check in hotel, mlm tu jugak aku ‘tazkirah’ suami.

Salam para pembaca yang dimuliakan sekalian. Cerita saya ni dah berlalu 10 tahun lepas, masa tu anak baru seorang, sekarang dah 3 orang.

Dah besar-besar dah pun semua. Saya dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka. Kami belajar dalam satu uni yang sama, jurusan yang sama, kelas sahaja berbeza. 3 tahun pengajian kami bersama-sama, susah-payah, jatuh bangun dalam pelajaran, kami saling beri sokongan dan bantuan.

Kami berjaya tamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah. Tamat cabaran di uni, cabaran mencari pekerjaan bermula. Kami masih lagi saling menyokong satu sama lain dari segi mental dan emosi.

Bermacam-macam pahit getir yang kami lalui sepanjang perjuangan mencari kerja, semuanya demi membina keluarga dan masa hadapan yang selesa untuk kami berdua dan anak-anak pada masa hadapan.

Semua kepayahan ini kami lalui bersama dalam tempoh bertahun ye. Ulang suara, BERTAHUN, bukan berbulan. Kami berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik dan kami pun berkahwin selepas setahun bekerja.

Genap 2 tahun perkahwinan, kami dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel, penyeri pertama rumah tangga kami.

Sebagai ibu buat pertama kalinya, tentunya saya teruja dengan kehadiran cahaya mata sulung dalam hidup kami sebagai suami isteri.

Saya upload gambar-gambar anak saya dekat FB dan IG, saja buat kenangan. Bila pertama kali pandai duduk, pertama kali pandai jalan tu semua la.

Suami saya pulak bukan sejenis yang rajin nak update socmed dia. Buat nama ada je semua profile FB dengan IG tu. Tapi yang memenuhkan wall dia adalah post-post dari aku, yang saya tag dia sekali.

Lepas tu biasalah akan ada kawan-kawan saya dan kawan-kawan dia yang akan like atau komen dekat post aku. Satu masa tu, masa anak saya umur dalam setahun macam tu, ada seorang perempuan ni, nama dia Zizi (bukan nama sebenar dan tak ada kaitan dengan yang nyanyi lagu Eh tu) like dan komen dekat gambar anak aku.

Bila saya tengok, dia friend FB suami aku.

Suami saya cakap itu kawan office dia. Saya cakaplah dekat suami aku, dia reply lah komen kawan dia. Sebab saya nak sembang apa pun saya tak tau, rasa janggal sangat orang asing komen kat gambar kita macam mesra sangat. Suami saya pun ok je.

Sejak dari tu setiap gambar yang saya post dia akan like dan komen. Bagus tu memanglah bagus dapat banyak like kan. Tapi lepas tu si Zizi ni pergi add saya dekat semua socmed. Saya bagitau la suami saya yang Zizi ni add aku, perlu ke saya approve?

Suami saya cakap approve jelah, kalau tak approve nanti dia tuduh suami saya yang tak bagi friend dengan saya pulak kat office. Suami saya cakap si Zizi ni kuat merajuk dan cepat sentap.

Kalau dia merajuk dengan seseorang tu nanti habislah kerja semua susah nak jalan kalau nak berurusan dengan dia. Jadi suami saya cakap untuk tak cari masalah, approve jela request dia tu. Saya pun approve la dia tanpa banyak soal.

Lagipun saya fikir, ala, kawan office suami je kan. Mungkin dia suka la kot tengok anak saya memandangkan dia pun belum kahwin lagi walaupun lagi tua dari kami. Sejak saya approve tu makin galak pulak dia komen dan like gambar-gambar anak aku. Dia selalu mention suami saya je dalam komen dia.

Saya pun malas nak layan sangat, tapi agak biadap la kalau difikir-fikirkan balik apa yang dia buat tu kan. Gambar tu saya punya, dia pergi tag suami saya sambil puji-puji anak saya handsome macam suami aku. Macam cuba buat saya tak wujud pulak dalam situasi tu.

Saya dah mula rasa panas, tapi malas la nak overreacting kan. Setakat komen je pun. Masih cuba sejukkan hati sendiri.

Suami saya ni rupa tu adalah. Boleh kata sepadan la dengan aku. Dan dia memang easy-going la. Senang la orang nak baik dengan dia. Tapi dia yang saya kenal, bukanlah womanizer.

Satu malam, masa tu suami dan anak saya dah lena tidur, saya tak boleh tidur sebab tak sedap hati. Macam ada yang tak kena.

Saya keluar duduk dekat ruang tamu sambil minum segelas air. Saya tergerak untuk buka handphone suami dan baca whatsapp dan messenger dari si Zizi kepada suami aku.

Saya dan suami memang tahu password handphone masing-masing. Takut ada kecemasan jadi senang nak cari apa-apa contact yang perlu. Suami saya pulak memang rajin check handphone aku, sebab dia takut saya ada diganggu lelaki lain.

Ada tu ada je sebenarnya, tapi saya tak layan sebab saya tahu status saya sebagai isteri orang dan saya sayangkan suami dan anak aku. Saya pulak memang tak rajin nak check handphone dia. Tapi malam tu entah kenapa saya terasa nak check.

Saya buka whatsapp dari Zizi. Saya skrol dari message pertama yang dihantar kepada suami aku. Ye, yang awal-awal tu memang berkisar tentang hal kerja. Kebanyakannya luahan perasaan tak puas hati si Zizi ni dengan boss dia lah, tak puas hati dengan si fulan tu lah dan macam-macam lagi lah gossip pejabat.

Ok betul, saya akui gossip pejabat tu memang tak boleh elak. Saya tau sebab saya pun bekerja pejabat jugak. Tapi, persoalannya, perlu ke nak bergosip sampai lepas waktu pejabat? Dan dengan suami orang pulak tu. Saya sendiri kalau nak meluah tak puas hati dekat kawan pejabat saya walau dengan kawan perempuan pun saya akan buat masa waktu pejabat je.

Sebab saya hormat privasi kawan saya lepas habis waktu kerja. Entah diorang nak makan dengan keluarga ke, nak uruskan anak-anak ke mana kita tahu kan?

Saya skrol lagi. Saya perhatikan masa mesej-mesej nya dihantar. Ada yang selewat pukul 11 malam! Patutlah suami saya asyik sibuk pegang handphone malam-malam.

Kadang-kadang anak saya panggil buat tak layan je sebab mata melekat dekat phone. Saya perhatikan jugak masa suami saya reply mesej-mesej Zizi. Boleh kata reply suami saya pun cukup pantas. Lebih pantas dari kelajuan dia menoleh bila saya panggil dekat rumah.

Tangan saya makin laju skrol. Saya jumpa mesej Zizi ni panggil suami saya dengan gelaran manja yang begitu comel bunyinya. Eiiii yerk apa yang saya baca ni?

Saya sendiri tak pernah bagi gelaran manja macam tu dekat suami saya tau. Rasa macam nak pijak-pijak handphone suami saya masa baca mesej tu. Tapi nanti kalau rosak tak dapat pulak baca mesej lain. Jadi kita bertenang aje dulu dan teruskan skrol.

Skrol lagi dan lagi. Banyak sangat mesej Zizi ni bercerita hal remeh-temeh. Cerita pasal kucing dia sakit lah. Cerita dia sedih sebab kerja banyak tak boleh balik kampung lah. Cerita dia gaduh dengan boyfriend dia lah.

Cerita anak saudara dia baru lahir cute lah. Balik kerja lewat malam pun bagitau suami aku. Siap selfie dalam office lepas tu send kat suami aku. Dan yang buat saya geram adalah suami saya melayan.

Memang pernah suami saya cerita apa yang Zizi ni luah kat dia semua. Tapi saya fikir setakat cerita dekat pejabat jelah. Rupanya meleret-leret sampai ke rumah. Dan sampai lewat malam! Apa yang Zizi ni fikir masa mesej suami orang malam-malam?

Saya berhenti skrol pada satu mesej. Zizi bagitau suami saya dia baru touch down Sydney, Australia. Pergi bercuti dengan kawan-kawan perempuan dia yang single. Yang saya tak boleh tahan tu, perlu ke kau buat laporan aktiviti percutian kau dekat suami aku?

Siapa suami saya ni pada kau? Perlu ke suami saya kisah kau dah touch-down ke, touch-up ke, kat mana-mana pun? Dan saya tiba pada mesej seterusnya yang bikin saya lagi panas. Dia cakap dia baru sampai hotel. Kat sana dah malam, dia tanya suami saya Malaysia pukul berapa.

Suami saya cakaplah waktu sekian-sekian. Dia cakap ok lah dia nak tidur. Meh la datang Sydney jumpa dia. Kat Sydney dah malam, sambil buat emoji cute dan senyum. Korang rasa patut ke saya senyum sama macam emoji tu dan bersangka baik lagi masa ni? Eh-eh Zizi, engkau ni tengah membayangkan suami saya datang tidur sebelah kau ke kat sana?

Sunyi sangat ke kau sampai mesej suami saya ajak datang jumpa kau? Dekat hotel, tengah malam, sebelum tidur? Kau cuba goda suami saya ke ni? Menggigil dah tangan saya pegang handphone suami saya masa ni. Ini tak lain tak bukan memang sebuah cubaan nak menyondol suami orang.

Patutlah dia siap add aku, nak kaji lebih detail la kot pasal anak aku. Galak sangat puji-puji anak dengan suami saya handsome. Nanti boleh la dia bagi alasan macam si Lily yang cakap dia sayangkan lelaki tu dan anak-anaknya. Konon dah kenal anak saya lah tu.

Suami saya memang lah reply lebih kurang ala kadar je masa ni. Tapi kalau dibiarkan lama lagi tak mustahil cair jugak kan? Lumrah lelaki kan memang macam tu. Cepat lemah dengan rayuan perempuan. Saya save segala bukti perbualan Zizi dan suami aku. Keesokan harinya, saya tanya suami saya pasal mesej dia dengan Zizi.

Dia mengsaya semua itu salah dia sebab melayan, tapi tak lebih dari layanan mesej dan whatsapp. ‘Saya bagi analogi kalau saya pulak ditempat dia, dia boleh terima ke kalau saya melayan mesej lelaki lain sampai lewat malam?

Boleh ke dia terima kalau ada lelaki lain pelawa saya datang bercuti sama dengan dia? Dia cakap dia tak boleh terima. Jadi saya cakap itulah yang saya rasa. Suami saya mintak maaf dan berjanji takkan mengulangi kesilapan dia.

Saya minta dia berhenti melayan mesej Zizi serta merta. Jangan layan atas apa alasan sekalipun. Saya pun terus block Zizi dari semua socmed aku.

Saya cakap pada dia, akan datang saya takkan mampu nak perhatikan atau nak check handphone dia sepanjang masa untuk pastikan dia tak berlsaya curang pada aku. Tapi saya ada Allah yang maha melihat lagi maha mengetahui setiap apa yang hambanya kerjakan.

Kalau dia ulang lagi kesilapan ini, saya takkan berjuang berm4ti-m4tian untuk pertahankan dia sebagai suami aku. Pada aku, curang itu adalah pilihan. Saya ingatkan suami saya jika dia memilih untuk mencari yang lain, saya akan biarkan dia hidup dengan pilihan barunya.

Sebab memang selayaknya penyondol berjodoh dengan pencurang. Saya tak mahu terlibat sama. Saya akan tuntut perceraian, hak penjagaan anak sepenuhnya dan semua harta sepencarian serta nafkah. Dan saya akan ceritakan pada keluarganya apa yang terjadi beserta dengan bukti.

Saya juga akan ceritakan pada anak-anak apa yang ayah mereka dah buat sehingga ibu bapa mereka terpisah. Jangan rebut anak-anak saya dari aku, silalah buat anak baru dengan isteri baru kau pilih.

Begitulah lebih kurang gambaran senario yang saya berikan kepada suami masa confrontation saya dengan dia tentang hal ini.

Sejak dari peristiwa itu, saya memang tak pernah check lagi handphone suami aku. Sebab saya percayakan naluri saya sebagai isteri dan saya percaya suami saya takkan buat lagi. Saya selalu berdoa agar Allah panjangkan usia dan jodoh kami sekeluarga sampai ke syurga dan dipelihara dari sebarang bentuk gangguan serta diberi petunjuk dan hidayah selalu.

Buat Lily, Zizi dan yang sejenis dengannya, sekarang dah tahu kan yang rumah tangga tu dibina bukan cukup selama sebulan perkenalan di restoran fast food, atau cukup dengan lamaran untuk menikah setelah beberapa kali berjumpa.

Rumah tangga itu dibina dengan susah payah bersama-sama. Di belakang seorang lelaki yang bertanggungjawab yang kau rasa layak dijadikan suami dan mampu berlsaya adil itu ada seorang isteri yang berpenat-lelah sama membina keluarga dan dirinya yang kau kenal sekarang.

Jadi janganlah engkau selesa dengan ulitan nafsu yang indahnya sementara.

Sedangkan dah berbelas tahun kahwin pun saya masih rasa belum kenal lagi suami saya sepenuhnya. Apatah lagi engkau yang cuma sebulan tempoh perkenalan. Tidak ada istilah kongsi bahagia dengan orang luar seperti kau untuk sebuah keluarga yang dah sedia bahagia.

Lelaki yang dah ada segalanya ada yang suka cari cabaran baru. Kadang-kadang saja je nak tunjuk yang dia masih laku. Jadi kita sebagai perempuan yang bermaruah, janganlah cepat sangat perasan dan cair dengan ayat-ayat manis lelaki.

Ramai lagi yang bujang yang baik-baik kat luar sana. Tinggalkanlah suami orang tu dengan keluarga dia. Mungkin masa dia ajak kau nikah tu dia cuma letih je, nak escape kejap dari life dia. Itu je. Esok-esok lusa bila dah waras balik kepala dia tu, dia akan cari semula keluarga dia.

Bak kata kau lah Lily, kalau boleh delete semua perasaan tu dah lama kau delete kan. Malangnya kalau perasaan sebulan pun dah payah nak delete, kau rasa perasaan sayang dan kenangan bertahun-tahun dia dengan keluarga dia tu boleh ke dia delete macam tu je demi kau yang baru sebulan datang ni?

Percayalah, rasa cinta pada ajnabi itu memang indah sementara masih haram hubungan kalian. Sebab syaitan akan sentiasa menghiasi yang haram itu secara berlebihan supaya manusia terjerumus ke arah kejahatan dan kemaksiatan.

Sebab itulah ikhtilat perlu dijaga, batas-batas perlu dipatuhi antara lelaki dan perempuan ajnabi. Supaya syaitan tidak dapat memanipulasi nafsu yang sedia ada dalam diri. Buat para suami yang cuba-cuba nak cari cabaran dengan pasang lain, fikir dalam-dalam balik sebelum teruskan niat berskandal dan berpoligami tu.

Kenanglah balik jasa isteri yang dah bersusah payah ada di sisi kau dari masa kau tak ada apa-apa sampai sekarang dah ada semuanya. Isteri diuji saat suaminya tak punya apa-apa, jadi bila dah ada semuanya kau pulak buktikan kau juga mampu menghadapi ujian rumah tangga.

It takes two to tango. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Datanglah banyak mana pun Lily dan Zizi menggoda kau, kalau kau menjaga ikhtilat, akan selamat rumah tangga kau dunia dan akhirat insya-Allah.

Buat para isteri yang suaminya cuba disondol, bersabar dan berkomunikasilah dengan suami. Jangan dipendam apa yang dirasa. Jangan bertindak melulu yang akhirnya akan menjatuhkan maruah kita sebagai wanita. Lebih baik kalau ada pendapatan sendiri, tak perlu banyak, cukuplah untuk berdiri di atas kaki sendiri dan mampu menanggung anak-anak di waktu sukar.

Tambah kemahiran baru dan ilmu sebanyak mungkin. Andai kata suami beralih arah sekurang-kurangnya tidaklah kita terumbang-ambing sendirian tidak terbela nasib kita.

Apa pun doalah senjata paling kuat. Mohon la agar rumah tangga kita dipayungi rahmat Allah sentiasa. Allah jualah sebaik-baik pemegang hati manusia. Wallahualam.

Alang-alang menulis panjang ni nak pesan buat semua pembaca, pada waktu pandemik COVID-19 dan bilangan kes dekat Malaysia dah meningkat mendadak ni, jangan lupa pakai mask dan amalkan penjarakan sosial di tempat awam dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter.

Untuk Lily dan Zizi, penjarakan sosial mestilah lebih 10 meter bila bertemu dengan suami orang. Sekian terima kasih.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Continue Reading

Trending