Connect with us

#celeb

“Cuma nak beritahu, saya dan isteri OK je” – Shuk akhirnya bersuara, tayang kemesraan bersama isteri

SELEPAS beberapa hari mendiamkan diri di laman sosial berikutan dipercayai mula bermain kayu tiga, pelawak dan pengacara Shuk Sahar akhirnya muncul dengan video mesra bersama isteri.

Walaupun tanpa menyebut dengan jelas, namun kenyataan Shuk memberi gambaran ia ada kaitan dengan dakwaan mengenai rumah tangganya.

“Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf lambat beri ucapan.

“Cuma nak beritahu, Shuk dan isteri Alhamdulillah tak ada apa-apa. InsyaAllah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap,” kata Shuk menerusi video Instastory.

“Cuma nak beritahu, saya dan isteri OK je” - Shuk akhirnya bersuara, tayang kemesraan bersama isteri

Menerusi rakaman berkenaan Shuk dilihat merangkul isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sambil berjalan bersama.

Malah Shuk turut meminta isterinya memberikan sedikit ucapan kepada netizen.

Sebelum ini, Shuk didedahkan oleh seorang individu telah bermain kayu tiga dan dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Kisah yang mendakwa Shuk bermain kayu tiga dengan wanita tersebut menjadi tular sejak Khamis minggu lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti.

“Cuma nak beritahu, saya dan isteri OK je” - Shuk akhirnya bersuara, tayang kemesraan bersama isteri

Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dakwaan terhadap Shuk dan Fara.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian, wanita yang didakwa sebagai kekasih Shuk itu sudah memadam akaun laman sosialnya.

Berdasarkan perkongsian balas di Twitter, difahamkan isteri Shuk juga sedia maklum mengenai perihal suaminya dan dia dikatakan pernah berinteraksi dengan Fara bagi membincangkan isu mengenai suaminya itu.

Kecik Dedah Siapa Fara Salleh

Bekas vokalis Hyperact, Kecik, mendedahkan mengenai Fara Salleh wanita yang dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar.

Kecik menerusi laman sosial Twitternya mendakwa, Fara Salleh merupakan bekas teman wanitanya dan pernah tinggal sebumbung.

“Cuma nak beritahu, saya dan isteri OK je” - Shuk akhirnya bersuara, tayang kemesraan bersama isteri

Menerusi bebenang di Twitter, Kecik berkata wanita tersebut juga pernah mengaku hamil anak mereka dan mengguugurkan bayi tersebut.

“Time November ke Disember tu aku ada pengambaran kat Perlis. Dia kat KL, dia selalu kec0h-kec0h suruh balik bla bla…

“Pastu contact mak ayah aku cakap dia gvgur anak aku. Siap bagi gambar dekat kakak aku, gambar janin dari google,” tulis kecik lagi.

Tambah Kecik lagi, awal perkenalannya dengan Fara wanita tersebut mengajaknya tinggal sebumbung dan sempat tinggal bersama selama setahun.

“Memang salah aku stay berdua dengan dia tapi time tu aku budak sangat lagi, bod0h tak matang lagi kan… Aku stay dalam masa setahun, tiga kali pindah.

“First aku stay kondo Banjaria Court dengan budak-budak Hyperact. Pastu aku kenal dia… Dia ajak stay sekali. So aku pun ok ajee… Bak kata orang rezeki gais…hahaha!

“Ya Allah jauhnya aku tersasar time tu… Aku stay kat Manjalara dengan dia. Alhamdulillah bahagia awalnya.. 5, 6 bulan lepas tu dia kena buang kerja, pastu bermulalah sesi jadi ketua keluarga cenggitu,” dakwa Kecik.

Menurut Kecik lagi Fara Salleh lah yang menyebabkan dia disumbat ke dalam l0kap atas tudvhan memukuI dan sebelum itu wanita tersebut bertindak menabur f!tnah tentang dirinya kepada anggota Hyperact.

“Cuma nak beritahu, saya dan isteri OK je” - Shuk akhirnya bersuara, tayang kemesraan bersama isteri

Dakwanya lagi, Shuk dan isteri pernah meminta bantuan darinya selepas dig4nggu Fara Salleh.
Malah Fara Salleh juga pernah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukuI Shuk.

Lebih meng4ibkan Shuk turut dikatakan menghamilkan Fara Salleh, sama seperti yang pernah dilalui Kecik.

Dalam pada itu, individu tersebut juga berkongsi paparan skrin status yang dipercayai dimuat naik oleh adik ipar kepada Shuk bagi meluahkan rasa kurang senang terhadap wanita yang dikatakan bercinta dengan pengacara tersebut.

Sebelum ini Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sumber dari mStar Online dan Gempak

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya