[Terkini] ‘Doakan Saya..Rasa Macam Nak Meninggal’ Ali XPDC Masih Iemah, Alami lemah Jantung.

KUALA LUMPUR: Vokalis Kumpulan XPDC, Ali, 53, masih dalam keadaan lemah selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) sejak kelmarin.

Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail kini bergelut dengan masalah jantung tersumbat dan mengalami semput, sejak hampir seminggu lalu.

“Keadaan kesihatan saya belum stabil dan masih lemah. Doktor mengatakan saya perlu banyak berehat.

“Semalam kena attack (serangan) tiba-tiba. Rasa macam nak gone (meninggal dunia). Alhamdulillah syukur saya kat sini (di hospital). Kalau kat rumah panik juga,” katanya.

Ali berkata, dia terus memicit butang kecemasan di katil sebelum segera diberi bantuan jururawat yang bertugas.

“Sekarang saya masih dalam perhatian dan rawatan oleh doktor. Doakan saya sembuh. Saya kena ambil ubat betul, selain kurangkan pergerakan dan dapat rehat yang cukup,” katanya kepada Harian Metro.

“Terima kasih diucapkan kepada mereka yang mengambil berat dan bertanya khabar. Allah uji dengan kesakitan tanda sayangkan kita. Jadi, saya reda dengan ujian ini.

“Yang baik daripada Allah, perkara buruk saya sendiri. Apa yang utama, soal kesihatan tidak boleh dibuat main dan perlu ada ikhtiar menjaga kesihatan,” katanya kepada BH Online.

Ali berkata, ini bukan kali pertama diserang penyakit jantung. Awal tahun ini, pernah dikejarkan ke sebuah hospital di Shah Alam akibat masalah sama.

“Saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Doktor memaklumkan, ia menjadi punca serangan hingga melarat hingga saluran pernafasan.

“Saya pula tidak menjaga atau mengambil berat pengambilan ubat. Saya fikir mudah.

“Saya jenis degil tidak mahu mendapat rawatan di hospital atau klinik apabila sakit. Soal degil ini memang tidak boleh dibawa berbincang,” katanya.

Kata Ali lagi, doktor masih terus membuat rawatan susulan dari semasa ke semasa.

“Keadaan saya masih dipantau. Jika hari ini sudah okay, mungkin esok sudah boleh keluar hospital.

“Jika tidak, kenalah bermalam lagi,” katanya.

Sementara itu, Ali bersyukur apabila ramai pihak menghulurkan sumbangan untuk membantunya. “Alhamdulillah, selepas saya hantar video serta keterangan ayat barulah orang faham. Kalau hantar video saja, orang tak faham. Kena ada ayat yang seterusnya untuk bagi mereka faham,” katanya.

Ali mengakui, dia tolak ketepi rasa malu apabila terpaksa minta bantuan membeli barangan keperluan akibat terkesan pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

“Secara jujur, saya sudah lama terputus rezeki dan sampai tahap, tidak tahu bagaimana mencari jalan penyelesaian.

“Saya bukannya suka meminta-minta, tetapi keadaan memaksa saya menebal muka minta pertolongan. Alhamdulillah, saya bersyukur perkongsian dalam media sosial disedari rakan yang tidak lokek menghulurkan bantuan.

“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan mereka,” kata bapa kepada lima cahaya mata itu.

Ali berkata, dia mula mengalami semput sejak empat hari lalu.

Katanya, ketika dia pergi membeli sarapan di Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) berhampiran rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang, pengerusi surau itu menegurnya kerana keadaannya agak teruk dan sukar bernafas.

“Saya sebenarnya buat rawatan kampung, tapi rawatan hospital pun buat juga. Saya dah jangka apabila pergi ke hospital untuk pemeriksaan mesti kena tahan.

Pada Mac tahun lalu, Ali melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika membakar sampah di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang.

Bagaimanapun, Ali memaklumkan, keadaannya sudah pulih sepenuhnya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: BHonline hMetro dbongkar

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.