Connect with us

#news

Dah 3 hari budak ni tak makan, sampai teruja dapat kongsi nasi dengan keluarga di rumah

Published

on

tak makan

Umum tahu ramai di antara kita ‘menikmati’ tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan berulang alik ke dapur buka peti ais yang penuh dengan makanan. Tapi pernah tak kita terfikir dengan mereka yang kurang bernasib baik?

1 video tular di medan tanpa emosi Facebook mengviralkan seorang budak lelaki yang berkongsi kisah mengenai keluarganya yang sudah tiga hari tidak menjamah makanan.

Rakaman video itu dikongsi Mohd Zaki Salleh yang melakukan misi bantuan di sekitar Kampung Pengkalan Lebai, Sungai Petani sebelum didatangi budak berkenaan.

Ini kisah realiti

https://www.facebook.com/zackstyloeo/posts/10217281754137603

“Saya berhenti kereta. Datang adik Krisnen terus tanya uncle ada makanan? Saya sudah 3 hari tak makan. Saya cakap rumah ada berapa orang?

“Dia cakap 5 orang. Terus saya hulurkan 5 bungkus nasi putih siap gulai, sambal belacan dan ikan keli. Mesti family dia suka boleh makan malam ini,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Krisnen menyatakan bapanya tidak dapat bekerja hingga menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.

Posting berkenaan dikongsi lebih 5,500 kali dan mendapat 2,700 tanda suka serta komen netizen yang berterima kasih kepada Mohd Zaki atas sumbangan tersebut.

Sumber : Mohd Zaki Salleh

Continue Reading

Trending

Shares