800 individu disuntik air, bukan vaksin ¢σνι∂-19

Siasatan pihak berkuasa menunjukkan sekurang-kurangnya 800 individu di Uganda disuntik dengan air dan bukannya vaksin ¢σνι∂-19, menurut laporan Agensi Anadolu.

Pengarah Unit Pemantauan Kesihatan di Kediaman Rasmi Presiden, Warren Naamara dalam temu bual media berkata, dua jururawat sudah ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan itu.

Seorang doktor kini diburu selepas melarikan diri.

Mangsa diminta bayar antara $ 34 dan $ 163 untuk setiap suntikan.

Penipuan itu mensasarkan mereka yang ingin membayar untuk imunisasi, termasuk pekerja syarikat, ketika bekalan vaksin terhad, kata Dr Warren Naamara, pengarah unit pemantau perkhidmatan kesihatan.

“Kita sudah menghantar vial (bebuli) yang disyaki mengandungi vaksin ¢σνι∂-19 palsu kepada Direktorat Makmal Analitikal Kerajaan dan Lembaga Ubat-ubatan Kebangsaan (NDA) untuk analisis,” kata Naamara.

“NDA menghantar sampel yang disyaki mengandungi sampel itu kepada Institut Serum India (SII) untuk analisis. SII mengesahkan bahawa kumpulan vaksin yang dihantar itu mengandungi air dan bukannya vaksin.”

Beliau berkata, SII menegaskan bahawa mereka tidak menghantarnya kepada Uganda.

Selain itu, SII juga mengesahkan bahawa label pada produk itu sudah dipalsukan.

Makmal Analitikal juga mengesahkan bahawa vaksin itu adalah palsu.

Laporan itu selepas pendedahan bahawa pihak berkuasa menerima maklumat bahawa suntikan vaksin ¢σνι∂-19 palsu di hospital kerajaan pada Mei.

Sebilangan pihak yang terbabit ditangkap dan sampel dihantar ke makmal untuk ujian.

Seramai 800 pekerja yang menerima vaksin palsu itu adalah kakitangan syarikat swasta dan ia dibayar oleh oleh syarikat berkenaan.

Dr Warren Naamara mengatakan bahawa mereka yang ditipu mendapatkan vaksin palsu tersebut tidak perlu risau kerana ujian menunjukkan botol tersebut tidak mengandungi bahan berbahaya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Uganda berkata, setakat ini, 90,656 kes ¢σνι∂-19 disahkan di negara itu dengan 2,392 kematian.

Seramai 1,427,897 orang daripada 44 juta penduduknya sudah divaksin. – BERNAMA

 

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.