Connect with us

#news

“Dapat Menyemarak Semangat Kenegaraan..” – Kerajaan Cadang Program Mirip PLKN Dikembalikan Semula

Setelah sekian lama dimansuhkan, Program mirip Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) berkemungkinan akan dikembalikan.

Cadangan ini telah disuarakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pengurusan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sedang giat menyiapkan strukturnya dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri sebelum Dewan Rakyat tamat.

Perkara ini telah diumumkan di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Tujuan PLKN dan BTN ditubuhkan adalah untuk pembinaan jati diri dan membentuk personaliti kepada keteguhan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan millenial (00-an).

Ia juga dapat meningkatkan semangat perpaduan pelbagai kaum dan prinsip nasional selain membentuk perwatakan yang positif melalui nilai-nilai murni.

Tahun 2015 merupakan tahun diumumkan program PLKN ditangguhkan untuk menjimatkan kos sebanyak RM400 juta oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri ke-6) sewaktu dalam semakan Belanjawan 2015 pada tanggal 20 Januari lima tahun lalu.

Tiga tahun berikutnya pada tanggal 13 Ogos, program itu dimansuhkan bersama-sama dengan program BTN menerusi pengumuman yang dilakukan oleh Syed Saddiq Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan) pada ketika itu.

Hal itu mendapat persetujuan dalam mesyuarat kabinet Malaysia kerana terdapat penyalahgunaan indoktrinasi fahaman tertentu semasa Malaysia diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Cadangan untuk kembalikan semula kedua-dua program tersebut mendapat sokongan beberapa pihak kerana program tersebut dapat menyemarakkan semula semangat kenegaraan, masyarakat berbilang kaum dan kemajmukan budaya yang semakin ditelan zaman.

Walaupun mendapat sokongan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki selaku Ketua Pemuda UMNO menyuarakan bahawa modul program perlu diubah mengikut perubahan zaman.

Hal ini demikian kerana generasi pada zaman ini mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan terdedah dengan nilai universal yang berbagai.

Apa pendapat anda tentang cadangan pihak kerajaan ini? Perlukah bajet diberikan atau manfaatkan kepada yang lebih memerlukan?

Sumber: Sinar Harian dan mStar via odisi.my

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya