Connect with us

#vvip

Dapat Zuriat setelah 20 tahun berendam air mata, Kisah wanita ini saat disahkan hamil umur 41 tahun buat ramai rasa nak men4ngis syukur

Hadiah terindah bagi setiap wanita yang berumah tangga tentulah mendapat gelaran ibu. Tetapi, tidak semua pasangan suami isteri mendapat rezeki yang sama sampaikan perlu tunggu bertahun dan ada pula dikurniakan zuriat tidak lama selepas beberapa bulan bernikah.

Sepertimana seorang wanita ini di laman sosial Facebook, beliau telah kongsikan kisahnya dan suami apabila diberi ujian menunggu selama 20 tahun, sebelum dikurniakan zuriat pertama sepanjang perkahwinan.

Menurut wanita ini, sepanjang waktu tersebut, dia kerap ditemani air mata mengenangkan nasib kerana belum mampu melahirkan zuriat untuk si suami sebagai penyeri rumah tangga.

“Saya bernikah pada tahun 1998. Zuriat? Ya, anak, penyeri rumah tangga. Semua wanita impikan. Begitu juga saya dan suami. Keluarga sikit tak kisah, bagi mereka itu semua Allah yang punya kuasa.

“Tapi tidak bagi saya, saya sangat teringin zuriat sendiri. Begitu juga suami. Suami sering ingatkan saya, sabar ya sayang.

“Saya seperti wanita ment4l bila menjelang 10 tahun perkahwinan, air mata peneman, sejadah bersiram air mata setiap hari, saya sangat cemburu dengan wanita yang melahirkan zuriat.

“Bila kawan-kawan bersalin, saya balik rumah dan kurungkan diri berhari-hari. Allah, di mana silap saya sampai begini saya diuji. Allahhuakhbar, rapuhnya iman saya bila saya mula terfikir nak cul1k anak orang,” tulisnya.

Namun begitu, doanya tidak putus kepada Maha Mendengar agar diberikan peluang bergelar seorang ibu.

Sementara itu, dia turut luah rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan selalu memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Setiap hari saya menunggu selama 20 tahun, sehingga saya jatuh sakit. Saya redha andai ini bahagian saya. Saya ke hospital untuk terima rawatan, ambil darah, urine test.

“Doktor datang kepada saya sambil tanya, puan sekarang umur berapa? Saya jawab 41 tahun. Doktor senyum, dia cakap ‘puan hamil tau’. Serta merta, bergenang air mata saya. Allahuakbar, segala puji untuk Allah. Saya disahkan hamil empat bulan,” ceritanya.

Tidak bergegas memaklumkan pada suami, wanita itu bertindak tunggu suaminya pulang dari kerja sebelum kongsikan impian yang ditunggu-tunggu selama 20 tahun itu.

“Selesai solat, saya pegang tangan suami, saya tatap mata dia… tapi suami seperti biasa, ‘sabar ya sayang, Allah belum beri kita rezeki’.

“Saya genggam tangan dia, saya cakap ‘abang, sayang mengandung empat bulan’. Sepantas kilat terkeluar dari mulut suami ‘betul ke sayang? Syukur ya Allah’.

“Tinggi suami menadah tangan mensyukuri rezeki Allah. Berderai air mata kami suami isteri. Suami ambil cuti seminggu, selama seminggu setiap malam dirinya di sejadah, tak henti bersyukur,” ceritanya.

Tambahnya lagi, sewaktu hamil selama 9 bulan, kandungannya tidak menghadapi sebarang masalah sehingga saat melahirkan.

“Bersalin ceasarean sebab anak besar. Pukul 11.00 malam saya masuk dewan bedah, pukul 11.15 malam saya dah nampak anak saya. Syukur ya Allah, bagi saya rasa jadi ibu.

“Anak saya berambut lebat hitam, kulit sangat cerah, perempuan, cukup sifat dan sempurna, berat 4.3 kilogram. Tak berhenti di mulut saya, syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah.

“Satu-satunya anak tunggal saya kerana saya tidak dibenarkan hamil lagi memandangkan usia sudah 41 tahun. Puteri Marissa, dikau segalanya bagi mama dan papa. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

sumber:mstar

Continue Reading

Trending