Connect with us

#news

“Dari kamu support lintah hidup lebih baik kamu brpisah aje kakak”.

Published

on

Assalamualaikum semua readers. Aku tertarik nak kongsi kisah abang ipar aku berdasarkan pengamatan aku yang naif ni.

Sengaja aku letak tajuk atas tu sebab aku rasa benda ni WAJIB ada pada semua lelaki sebelum berkahwin. Let’s start.

Kakak aku dah berkahwin hampir dua tahun dipendekkan cerita lepas dah kahwin baru dia tahu yang si suami tak reti bawa kereta. Dan paling sadis rupanya lesen motor pun tiada jadi selama ni bawa motor secara haram.

Paling sedih time kakak aku dah rasa nak bersalin terpaksa call ayah aku bawa kan dia ke hospital. Sebab? Suami tak reti bawa kereta.

Kebetulan rumah parents aku dekat. Ayah aku datang elok abang ipar aku ni main game dan macam tak bersalah. Call ayah aku untuk bawa ke hospital pun kakak aku yang call.

Point pertama: Wajib ada lesen dan tahu bawa kereta.

Kedua, suami kakak aku gemar habiskan duit dekat motor, tukar sportrim, modified itu ini tapi langsung tak pernah hulurkan nafkah dekat kakak aku. Duit pampers makan pakai sampai barang anak semua kakak aku tanggung. Dia hanya tanggung diri sendiri.

Untuk pengetahuan semua rumah yang mereka duduk sekarang adalah hadiah perkahwinan dari ayah aku jadi dekat situ dah jimat.

Bayangkan kalau ayah aku tak bagi rumah tu mesti segala sewa kakak aku bayar sebab api air semua kakak aku jelaskan. Dia hanya tahu goyang kaki.

Point kedua: Perlu ada sifat tanggungjawab dan ihsan.

Ketiga, abang ipar aku tiada pekerjaan tetap. Untuk pengetahuan semua kakak aku guru tetap di sekolah rendah. Jadi semua diharapkan oleh abang ipar aku untuk kakak aku selesaikan.

Pekerjaan abang ipar aku hanyalah sebagai Pekerja Sambilan Harian di sebuah agensi awam dan kontrak akan disambung setiap 3 bulan dan gaji adalah berdasarkan hari. Kalau sakit, tak datang kerja maka tak ada la gaji.

Aku pernah nasihati abang ipar aku untuk mencari pekerjaan yang lebih stabil namun tahu apa jawapan dia?

“Kakak kau kan ada, apa guna isteri kerja kerajaan”. Sambil gelak macam orang tak guna dekat aku.

Point ketiga: Ada pekerjaan yang stabil.

Terakhir, abang ipar aku ketagih main game sekarang iaitu PUBG. Bayangkan pernah dia tak pergi kerja semata mata main game ni. Terlewat bangun nak pergi kerja. Sampai kawan dia call kakak aku.

Bukan sekali berkali kali. Langsung tak sedar diri yang dia bukan bekerja tetap bila bila boleh kena buang. Rasa rasanya bila dah ket4gih main game tu anak isteri terabai tak? Terabai.

Kakak aku selalu lah menangis katanya dia main game tu dengan perempuan lain sampai kakak aku panggil minta tolong, kakak aku kena jerkah pakej kena pukol sekali.

Point 4: Jangan cari kaki game yang ket4gihan melampau.

Sebenarnya banyak lagi sifat buruk abang ipar aku ni yang tak sepatutnya ada pun pada orang lelaki yang dah berkahwin. Tapi aku petik 4 point utama yang aku nampak.

Ayah aku punya nasihat dekat kakak aku,

“Dari kamu support lintah hidup lebih baik kamu berpisah aje kakak”.

Kakak, kakak memang kuat. Kami sokong apa je keputusan kakak. Kakak kena fikirkan hidup kakak dan anak kakak. Wina tahu kakak selalu baca dekat sini.

Rakan-rakan readers, tolong bagi nasihat dekat kakak aku ya. Terima kasih.

Reaksi warganet.

Fairul Kamila –Apabila seorang ayah cakap… buat apa bela lintah… nampak tak kat situ bahawa seorang lelaki pun dah benci dengan sikap lelaki pemalas mcm tu…

Nurul Aiza Rahayu –Naik tgn pukul bini, kaki game, xreti bawa kereta, xde lesen, xde keje tetap, xbagi nafkah pd bini, xde bayar ape2 rumah/kereta/api/air/keperluan anak isteri, pemalas. Pakej lengkap biawak hidup.

Shahida Mohd –Berpisah la. Bukan rugi satu sen pun. Membela biawak hidup lagi merugikan hidup, merugikan masa. Setakat anak tak berayah, atuk ada kan. Kasih sayang tu akan tetap ada. Daripada ada ayah yg kaki game, kaki pukul, tak berbaloi.

Liyana Abdullah –Yg aku faham sini kita mmg tak boleh ubah orang kan. Melainkan diri dia sendiri. Tp tgk cara macam………Seram pulak aku nk ckp. Aku ni pun x kawin lagi. Mintak jauh la laki macam ni. Klu rajin jaga anak ke, rajin kemas rumah, tlg masak ke. Bukan minta jadi org gaji. Minta buat sama2. Takdela kita penat mental fizikal.

Azah Zamir –Sesetengah guru/ nurse yang susah dapat jodoh mesti pilih lelaki asal boleh akhirnya makan diri sendiri. Lelaki mesti ambil kesempatan. Kalau kakak awk selesa dgn dia teruskan lah. Tapi kalau rasa terbeban baik tinggalkan.

Kenapa sy tekankan dua kerjaya ni. Sebab dua2 ini gov. Ramai yang jadi guru / nurse dalam kalangan perempuan. Lelaki buaya/ xbekerja/ xda pendapatan tetap suka target dekat golongan mcm ni.

Semua ni Nasib. Luck masing2 xsama. Dapat jodoh elok n berduit – untung. Dapat jodoh mcm suami kakak awk nasib lah semua tu. Redha je lah.

Banyak dah contoh sekeliling tapi nak buat mcmana? Semua tu Nasib masing2. Dulu yang belajar kelas depan pun, tapi salah pilih suami tak kedepan juga. Yang duduk kelas belakang nasib dapat suami yang rajin, pandai cari duit akhirnya dia kedepan. Nasib x sama.

Amalia Mohd Mahdzir –Saya dah pernah pindah kan isteri yg kena d3ra fizikal ni.. tapi kemudian dia balik kepada suami biawak hidup penderra ni. Tarik balik report p0lis. Rasanya ini masalah psikologi.. dia telah dibrainwash.. saya pula tak ada ilmu nak paradigm shiftkan ideologi dia. Semoga lebih tenang bahagia di alam barzakh, tanpa sepak terajang, kuasa jantan persilatan.Jadinya.. dapatkan ilmu.. atau kaunseling dari mereka yg berkelayakkan.

Adam Mukhriz –dik, tolong habaq, abg ipaq hang bekerja PSH kat agensi mana ? kot kot kat opis abg ada, senang abg nak bagi salam perkenalan tapak kaki abg saiz 11 ni. Pastu pesan kat kak hang, suh kak hang mintak cerrai/fasakh, sebab abg ipaq hang gagal melaksanakan tugas memberikan nafkah zahir. Setakat nafkah air m4ni, b4bi pun pandai. Kalau hang takut, hang screenshot komen abg ni, bagi abg ipaq hang.

Abg bukan gngster dik, tapi setakat abg ipaq hang tu, abg boleh hadap sorg lagi la, pesan kat abg ipaq hang, habaq, tinggi abg 185cm, berat 107kg, tapak kaki saiz 11. Kalau abg ipaq hang nak cari abg, mai cari abg kat KL, ni no tel abg 0122436169. Abg tunggu. Habaq kat dia, abg pesan, weh pelaq, hang xlayak jadi laki dan suami la, kerat peliaq bagi anjin makan. Buat malu kaum laki ja.

Sumber – Wina (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Shares