Connect with us

#celeb

“Dari kerugian, baiklah memaafkan”.. – Penny Salman Muatnaik Foto Ceria

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan kisah rumahtangga seorang usahawan terkenal, goyah bagai retak menanti belah berpunca dari seorang artis bernama Alya Iman.

Mahligai cinta antara usahawan itu dan isterinya dikatakan seperti dilanda badai hampir musnah, dan pastinya berpunca dari orang ketiga tersebut.

Selepas ‘drama’ membocorkan rahsia kecurangan suami berjaya dikorek oleh isteri menerusi akaun Instagram dia, dengan serta-merta jugalah orang ketiga itu undurkan dirinya.

Namun, apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat, keburukan dan aib orang ketiga sudah tersebar di seluruh pelusuk alamaya. Sebut sahaja nama itu, pasti semua orang kenal.

Isteri mana yang sanggup membiarkan si suami dirampas?

Tetapi pada hari ini isteri usahawan itu, Penny Salman dikatakan telahpun memuatnaik foto ceria bersama suami tersayang, bagaikan tiada bencana yang menimpa rumahtangga mereka berdua.

Itulah definisi yang sempurna buat manusia bergelar wanita. Biarpun dia disakiti dan dihancurkan hatinya, namun dia tetap bangun dan kuat. Demi anak-anak, keseluruh kesalahan si suami dimaafkan atas sikapnya yang terlanjur dan begitu mesra dengan orang ketiga.

Ada juga segelintir pihak mengatakan, lubuk emas jangan ditinggalkan, rugi nanti! Tapi, realitinya Penny Salman mengambil langkah dan  inisiatif  untuk berdamai. Lebih baik memaafkan dari kehilangan lubuk emas.

Namun, apa-apa yang terjadi dan bakal terjadi pada masa akan datang, kita doakan sahaja pasangan ini agar sentiasa dikurniakan keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjang, in Shaa Allah.

Sumber: kini.blog

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya