Connect with us

#celeb

Dari terus bertelagah tentang bantuan kerajaan, Shahrol Shiro ‘Steady’ memberi sumbangan

shahrol shiro

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, ramai individu prihatin yang tampil memberi bantuan buat ‘frontliner’ yang berkhidmat untuk negara. Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012, Shahrol Shiro juga tidak terkecuali menghulurkan sumbangan buat golongan terbabit termasuk insan yang hidup dalam serba kekurangan sekitar Kluang, Johor.

Menurut Shahrol atau nama penuhnya Shahrol Azizie Azmi, dia tidak sanggup melihat golongan susah terputus bekalan makanan dan cuba sedaya upaya untuk membantu walaupun hanya kuantiti sedikit.

“Ini masa kita buka mata tengok masyarakat sekeliling kita. Jangan bagi sesiapa susah sampai terputus bantuan makanan.

“Mana yang ada hulurkanlah tak banyak pun sikit.. Kita bagi bukan sebab kita kaya tapi kita tau peritnya bila tiada,” tulisnya.

Menerusi posting lain, selebriti berusia 35 tahun itu menitipkan doa supaya barisan hadapan negara tidak akan berputus asa dalam merawat pesakit di hospital.

“Jangan mengalah frontliner semua.. Doa kami mengiringi setiap langkah perjuanganmu,” katanya.

Posting tersebut mengundang reaksi positif netizen yang rata-rata mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas tindakan murni Shahrol dalam usaha melakukan kebaikan.

Artis contoh!

Dari terus bertelagah tentang bantuan kerajaan, Shahrol Shiro 'Steady' memberi sumbangan

Hulurkan bantuan, bukan harapkan bantuan

Dari terus bertelagah tentang bantuan kerajaan, Shahrol Shiro 'Steady' memberi sumbangan

Walaupun takde ‘job’, artis ni tak lupa hulur bantuan

Dari terus bertelagah tentang bantuan kerajaan, Shahrol Shiro 'Steady' memberi sumbangan

Moga murah rezeki berlipat kali ganda

Dari terus bertelagah tentang bantuan kerajaan, Shahrol Shiro 'Steady' memberi sumbangan

Beliau pernah bersaing dalam pelbagai pertandingan komedi seperti Raja Lawak, Super Spontan, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan All Stars, Super Spontan Superstar dan Super Spontan Xtravaganza

Beliau juga pernah merangkul pelbagai kemenangan, iaitu sebagai juara Raja Lawak musim keenam, tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2012, tempat kedua Maharaja Lawak Mega 2013, naib johan Super Spontan 2014, tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2014, naib juara Maharaja Lawak Mega 2017 dan johan Maharaja Lawak Mega 2018.

Sumber : Shahrol Shiro

Continue Reading

Trending