Connect with us

#news

Demam panas sejak Khamis, isteri risau Aaron Aziz pergi ke hospital untuk buat saringan

Isteri mana yang tidak risau apabila melihat keadaan suami tidak sihat, ditambah pula dalam musim gejala wabak virus ini. Memang bermacam-macamlah bermain di minda.

Begitu jugalah yang dirasai oleh isteri kepada pelakon Datuk Aaron  Aziz, Datin Diyana Halik apabila memaklumkan suaminya kini sedang demam sejak khamis lalu.

Dia mengadu badan panas

Menerusi perkongsian di IG, Diyana memberitahu Aaron mengadu sakit gigi dan badan terasa panas. Disebabkan badan terlalu panas dan lemah, bangun untuk mandi pun Aaron tidak larat membuatkan isterinya menggunakan tuala basah bagi mengurangkan suhu.

Diyana juga sempat memuat naik gambar Aaron, yang ketika itu hanya terbaring lemah dan kelihatan amat lesu sekali, membuatkan dia semakin risau dengan keadaan suaminya.

View this post on Instagram

SubhanAllah 19th March Day 2 Lockdown (RMO) Big Boss down with fever. Yesterday he complained of toothache and today demam dah. Fever so high tak nak mandi. So kita sponge aje la. May Allah swt grant my beloved husband fast recovery Ameen. Mothers kalau sakit, whole household stopped operation. Fathers Kalau sakit, mothers stopped from household operations. Betul tak? Whatever it is siapa aje sakit, we wives or mothers tetap make sure fever down baru kita rest. Teringat last two years when I was sick, my beloved husband jaga sampai reject big jobs. Truly thinking of us first, he actually went to the hospital himself not allowing us to follow him. Ya Allah thank u for giving us a protector in our household. Verily ALLAH swt is our biggest and only protector. Love u sayang @aarondwiaziz (those who asked Alhamdulilah it’s not covid)

A post shared by Diyana Halik (@diyanahalik) on

Sorang2 pergi hospital, taknak anak bini terdedah virus

Aaron yang masih lemah mengagahkan dirinya pergi ke hospital seorang diri, demi tidak mahu anak dan isterinya terdedah dengan jangkitan virus tersebut.

Bagaimana pun, mujurlah setelah diperiksa oleh doktor Aaron didapati negatif Covid-19 dan hanya mengalami demam panas biasa.

Sumber : Diyana Halik

Continue Reading

Trending