Connect with us

#news

Demi negara nyawa menjadi taruhan, 12 pekerja kesihatan KKM positif COVID-19

Berada di barisan hadapan untuk mencegah penyebaran COVID-19, para pekerja kesihatan kini memainkan peranan paling penting dalam rawatan dan pencegahan virus, sebenarnya setiap hari menghadapi risiko jangkitan.

Menerusi satu perkongsian di Twitter yang dikongsi oleh Mohd Redzuan Abdul Manap, memaklumkan beberapa kakitangan perubatan telah dijangkiti COVID-19.

12 petugas positif COVID-19, seorang di ICU

Difahamkan bahawa setakat ini terdapat 12 orang pekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan tiga yang lain dari sektor ini telah positif COVID-19.

Malah, lebih menyedihkan salah seorang daripada mereka kini berada di wad ICU kerana memerlukan bantuan pernafasan akibat dari virus tersebut menyerang paru-paru.

Virus ini tiada sempadan

Justeru, mainkan peranan kita sebagai rakyat untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, kerana ini antara cara yang boleh mengurangkan beban pasukan perubatan kita.

Sumber : Harian Metro &  Mohd Redzuan Abdul Manap

Continue Reading

Trending