Connect with us

#news

Di Alor Setar masih ada siap buat kenduri, polis terpaksa suruh semua tetamu balik

Published

on

Tidak tahu lagi bahasa apa yang perlu kita gunakan agar rakyat Malaysia ini faham berkenaan peraturan Perintah Kawalan, demi untuk memutuskan rangkaian wabak COVID-19.

Terbaru tular pula sebuah video menampilkan pihak polis sedang membuat rondaan di majlis pernikahan yang dipercayai lokasinya di Alor Setar.

Degil taknak tunda kenduri

Boleh dilihat di majlis itu masih ada tetamu yang datang, dimana sepatutnya sekarang mereka perlu berada di rumah masing-masing dan mengelakkan dari semua aktiviti yang melibatkan orang ramai.

Dapat kita perhatikan, pihak polis yang membuat rondaan, segera mengarahkan semua tetamu yang hadir pulang segera dan meninggalkan majlis serta merta.

Tular video pihak polis menasihati mereka yang hadir di sebuah majlis perkahwinan di Alor Setar segera meninggalkan lokasi.

Gepostet von Hishamuddin Ahmad Zaki am Donnerstag, 19. März 2020

Kenapa la taknak dengar cakap

Melihat sikap rakyat Malaysia yang masih lagi degil ini, telah mengudang rasa tidak puas hati para netizen, sedangkan tuan rumah sepatutnya menunda majlis tersebut.

Mana pi akal fikiran tu?

Sepatut semua majlis kena tunda

Dah boleh bagi askar jaga ni

Kalau macam ini kedegilan rakyat Malaysia kita, harapan untuk kita memutuskan rantaian COVID-19 mungkin akan menjadi semakin tipis.

Sumber : Hishamuddin Ahmad Zaki

Continue Reading

Trending

Shares