Connect with us

#news

Di antara 2 darjat; anda nilailah sendiri…

Bila disebut perkara tentang undang-undang, apa yang kita pelajari secara umum pastinya akan terselit perkataan ‘adil‘ tanpa mengambil kira isu darjat, pangkat, umur dan agama. Jika sesebuah negara itu tidak memiliki peraturan, nescaya akan huru-hara, banyak pertumpahan d4rah akan berlaku.

Namun, apabila undang-undang digubal dalam negara, pasti akan ada segelintir pihak yang bertindak melanggar tanpa sebab yang munasabah.

Kerajaan sewajarnya mengenakan tindakan setimpal berdasarkan undang-undang. Jika rakyat ditindas manakala individu berjawatan tinggi tidak, mempunyai hubungan dengan ‘orang dalam‘, apa motif undang-undang diwujudkan? Undang-undang tidak mengenal sesiapa. Jika disabit bersalah, wajib dihukum.

Baru-baru ini, tular di seluruh media sosial dan ia memberikan impak ‘check and balance‘ dalam Malaysia. Isu dikatakan berkenaan pengusaha kebun durian Musang King telah diterokai secara haram bertempat di Raub, Pahang dan ia dihentikan serta-merta oleh kerajaan Pahang.

Tetapi, muncul sekumpulan pemimpin politik yang berjuang dan mempertahankan sehingga isu ini dibawa ke Parlimen negara. Walhal ada kisah seorang bekas pejuang negara dijatuhkan hukuman denda berjumlah RM50,000 dan penjara 2 Tahun kerana disabit kesalahan menceroboh hutan.

Di antara 2 darjat; anda nilailah sendiri…

Di antara 2 darjat; anda nilailah sendiri…

Bila perkara sebegini berlaku di negara, tidak dinafikan wujudnya ketidakadilan dalam sistem negara kita. Oleh kerana itu jugalah, majoriti netizen mendesak pihak kerajaan untuk berlaku adil dan saksama dalam kes ini.

Kesalahan memiliki kebun haram adalah kesalahan berat berbanding menceroboh kawasan hutan belukar. Jika difikir secara logik, sudah berapa tahun kebun haram itu sudah beroperasi, jadi ia harus dititikberat dan isu sedemikian harus diangkat ke Mahkamah untuk perbicaraan.

Apa-apa pun, semoga individu bekas askar itu akan dipermudahkan urusannya, In Shaa Allah.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya