Di Minta Sediakn Hantaran RM30ribu, Pemuda ReIa Iepaskan Kekasih

Sedar tidak mampu menyediakan nilai hantaran seperti yang diminta, seorang pemuda terpaksa berkorban kebahagiaan apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok baru-baru ini, Ahmad Syahriman mengakui dia hanya memiliki pendapatan yang sederhana dan tidak mampu menanggung permintaan RM30,000 daripada ibu bekas kekasihnya itu.

“Berkorban demi kebahagiaan”

@mr_syahrimanBerkorban demi kebahagiaan. #tiktokmalaysia #fyp #tiktok #fypppppppppppppp♬ original sound – 𝒩𝓊𝓇 𝒩𝒶𝒹𝒾𝒶

“Ibu awak minta hantaran RM30,000.. tapi saya hanya seorang kuli. Dengan itu, saya terpaksa lepaskan awak. Semoga awak dipertemukan jodoh yang baik-baik,” tulis pemuda berusia 26 tahun itu.

Rakaman video berdurasi 17 saat itu memaparkan Syahriman yang dipercayai bekerja sebagai pegawai pemeriksa kesihatan sedang melakukan tugasan rondaan selain berkongsi foto bersama ibu tersayang.

Di Minta Sediakn Hantaran RM30ribu, Pemuda ReIa Iepaskan Kekasih

Posting tersebut menerima hampir 40,000 tanda suka serta 2,709 komen netizen dimana rata-rata terkejut mengenai permintaan RM30,000 itu yang disifatkan sangat tinggi dinilainya untuk ditunaikan oleh kebanyakan bakal suami.

Di Minta Sediakn Hantaran RM30ribu, Pemuda ReIa Iepaskan Kekasih

Selain itu, ada juga segelintir individu mendoakan pemuda berasal dari Kelantan itu agar dipertemukan jodoh dan bakal menantu yang sebaiknya tanpa memandang soal wang ringgit.

Mahal betul.. lawa sangat ke?

Di Minta Sediakn Hantaran RM30ribu, Pemuda ReIa Iepaskan Kekasih

Jangan la beban pihak lelaki

Di Minta Sediakn Hantaran RM30ribu, Pemuda ReIa Iepaskan Kekasih

Moga jumpa jodoh yang lebih baik!

Di Minta Sediakn Hantaran RM30ribu, Pemuda ReIa Iepaskan Kekasih

Cari yang terbaik, bukan yang menjual

Di Minta Sediakn Hantaran RM30ribu, Pemuda ReIa Iepaskan Kekasih

Kalau kacak macam awak, saya tak minta banyak…

Di Minta Sediakn Hantaran RM30ribu, Pemuda ReIa Iepaskan Kekasih

Bagaimanapun, perkara yang terjadi tidak mematahkan semangat Syahriman sebaliknya terus bekerja untuk mengumpul duit demi menghadapi pelbagai cabaran di masa akan datang.

@mr_syahrimanBekerja demi mengumpul wang hantaran yg semakin mencabar. #tiktokmalaysia #fyp #tiktok #fypppppppppppppp♬ DJ Merayu – DJ Rian.A

“Bekerja demi mengumpul wang hantaran yang semakin mencabar,” tambahnya lagi.

Sumber: TikTok @mr_syahriman

 

 

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.