Connect with us

#vvip

Dibuang suami, aku terus salahkan takdir… Rupa2nya percaturan Allah tue pasti…bagai halilintar sentap jantung saat dgr ucapan suami..

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kisah ini benar2 menyentuh hati pembaca yg akan membacanya.

“Apa kurangnya saya abang? Dan apa lebihnya perempuan tu?”. “Kau tengok pakaian kau, macam orang kampung. Buat aku rasa malu”. Habistu abang nak saya pakai s3ksi2 ke? nak jadi macam perempuan tu?. “Mestilah, baru kena dengan status aku sebagai Business Man.
Ada perempuan cantik bergaya disebelah aku.

Bukannya perempuan kampung macam kau”. “Tak baik cakap macamtu bang, Kita kan ada agama.”. “Alah, aku tengok kau sama je lah. Pura2 alim. Takde beza pun macam orang kafir yg lain. Kau jadi kafir pun bagus.” “Sampai hati abang cakap macamni. Nanti saya jadi orang kafir betul2 baru abang tahu.”

“Jadilah. Aku sikit pun tak heran”. Kata2 yg keluar dari mulut Suaminya.
Betul2 telah melukakan hatinya. Mereka bergaduh besar malam itu setelah Milah melihat gambar suaminya berpelukan bersama wanita lain di telefon bimbitnya. Dia tercabar dan rasa terhina dengan apa yg dikatakan oleh suaminya itu.

Milah terus keluar meninggalkan rumahnya. Tanpa menoleh kebelakang.
Beliau membuat keputusan drastik. Kerana sudah tidak tahan lagi dengan layanan suaminya itu. Milah malu hendak pulang kerumah emaknya kerana emaknya sudah pasti memarahi keputusannya itu. Sebab dulu emaknya pernah menolak pinangan suaminya itu.

Tetapi Milah beriya dan bersungguh2 dihadapan emaknya yg Safwan (suaminya itu) akan mampu membahagiakannya. Lalu selepas isyak itu Milah cuba untuk pergi ke surau berdekatan. Untuk beliau tumpang beristirehat. Tapi malangnya, tak sampai setengah jam. Beliau telah di halau oleh noja surau tersebut.

Lalu beliau pergi ke surau lain juga sudah ditutup dan berkunci. Lalu Milah berlalu pergi ke taman rekreasi yang berdekatan dan terdapat orang lain yg juga tidur disitu. Milah kepenatan, setelah jauh berjalan. Milah berbaring dan cuba tidur beralaskan kotak disitu.
Milah betul2 buntu. Beliau tidak tahu kemana hala tuju yg harus beliau harus bawa.

Beliau tiada kawan disini kerana kawan baik nya semua ada dikampung halamannya yg jauh nun di Perak. Beliau betul2 dalam keadaan tertekan. Beliau makan ubat panadol hampir 10 biji untuk menghilangkan rasa tertekannya. Mujur tidak terjadi apa2. Tidak ada kesan sampingan dan Milah hanya tertidur sejak dari malam tu.

Pagi tu beliau tersedar setelah semalaman tertidur. Pagi ni fikiran Milah rasa sangat kosong. Milah langsung tidak fikirkan tentang suami dan anaknya. Beliau mula terasa lapar, tapi beliau langsung tidak ada 1 sen pun dekat tangan. Milah cuba pergi ke kedai2 untuk meminta makanan. Tetapi beliau dihalau oleh kedai makan tersebut.

Saat Milah sedang menangis di tepi kedai, Ada mata yang memerhati dan berasa simpati. Milah didatangi oleh seorang perempuan yang bernama Raisha. Raisha ni dulunya beragama Islam, tetapi sekarang telah menganuti agama kr1stian dan telah menjadi Mother di sebuah gereja.

Raisha seorang perempuan yg sangat baik bagi Milah, Raisha mengajak Milah untuk tinggal bersamanya untuk sementara waktu. Raisha menyediakan makan minum buat Milah dan menjaga Milah dengan baik. Raisha jugak hidup senang. Kerana kebaikan Raisha, buat Milah tertarik untuk mendalami agama Kr1stian.

Lalu beliau pun tertarik untuk mengikut Raisha masuk kedalam gereja. Setelah hampir 4x beliau mengikuti Raisha keluar masuk ke gereja. Beliau mula tertarik untuk masuk ke agama Kr1stian. Kerana masih terngiang2 di telinganya yg suaminya menyamakan beliau dengan orang kafir. Jadi dia betul2 nak jadi orang kafir.

Nak cuba tunjuk kepada suami dia. Lalu Milah menyatakan minatnya untuk bertukar agama kepada Raisha, Dan Raisha membawanya masuk kedalam sebuah bilik yg didalamnya ada 6 orang lain. Mereka bertanya sebab dan asbab kenapa hendak tukar agama. “Milah pun menjawab, beliau sudah penat berdoa dengan Allah. Sampai sekarang doanya masih belum makbul dan beliau tertarik dengan kebaikan Raisha.

Walaupun beliau tidak mengenalinya.
Tetapi Raisha tetap melayannya dengan baik dan menganggapnya seperti keluarga.
Tidak seperti keluarganya sendiri yg langsung tidak mengendahkannya.” Setelah Milah menjawab semua pertanyaan mereka. Raisha pun berkata. “Okay, minggu depan saya b4ptiskan awak (convert).”

Dan Milah terus ulang alik ke gereja tersebut sehinggalah lagi 2 hari beliau hendak di b4ptiskan. Beliau pun pergi ke balai polis untuk membuat repot mengatakan beliau ingin membuat permohonan tukar IC dan menyatakan yg beliau sudah convert ke agama lain. Saat itu, Milah betul2 nekad untuk bertukar agama.

Setibanya giliran Milah. Milah pun menyerahkan IC beliau kepada pegawai p0lis tersebut untuk beliau catitkan maklumat pemberi repot. Lalu pegawai wanita itu mula bertanya tentang tujuan Milah datang ke situ. “Boleh puan ceritakan, Repot apa ye yang puan hendak laporkan.”

“Saya nak buat repot untuk saya nak tukar agama di IC saya cik. “Ya Allah, betul ke puan”. Pegawai perempuan itu terus bangun dari kerusinya dan datang untuk memeluk Milah dengan penuh erat.
Luluh hati pegawai rendah polis berpangkat Koperal itu apabila mendengar penjelasan Milah. “Betul cik, saya dah pun buat keputusan.”

Menangis teresak2 pegawai polis perempuan tu. Lalu beliau menghubungi pegawai kanannya untuk menguruskan hal tersebut. Milah disoal siasat pada hari tersebut. Lalu Polis menghubungi suami Milah untuk maklumkan keadaan sebenar.
Milah ditahan pada hari tersebut
dan keesokannya Milah dibawa ke
pejabat agama.

Setibanya di pejabat agama. Suami Milah iaitu Safwan hanya memandang wajah Milah dari jauh, tanpa senyum dan berkata apa2 bila berhadapan dengan Milah. Milah cuba untuk menerangkan apa yg terjadi sebenarnya. Tetapi Safwan langsung tidak mengendahkannya. Milah ingin katakan yg beliau ingin membuktikan kepada suaminya yg beliau jadi kafir kerana mulut dan doa dari suaminya sendiri.

Tapi Safwan terus beredar dan masuk ke ruang mhkamah. Dengan wajah yg tenang dan bersahaja. Suami Milah berkata dihadapan Hakim dan saksi. “Wahai Jamilah binti Jamil. Aku cerraikan engkau dengan t4lak 1”. Berguguran jatuh airmata dipipi Milah. Milah tidak menyangka suaminya sanggup mencerraikannya.

Tidak dapat Milah bayangkan. Lelaki yg selama ini beliau sayangi dan sanjungi. Telah menghancurkan hidupnya dan telah membuatnya berubah hati. Milah ditahan lagi selama 2 hari di lokap dan
keesokannya Milah sekali lagi dibawa ke Pejabat Agama dan ketika di situ Milah langsung tidak boleh mengucap dan hati Milah sangat keras.

Selepas jatuh hukm Milah dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Nasib Milah bagai sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah dicerraikan suaminya. Terpaksa berpisah dengan anak2, kini Milah terpaksa ditahan di pusat pemulihan pula. Milah termenung sepanjang hari.
Beliau tidak dapat menerima apa yg terjadi.

Hampir 3 minggu Milah masuk ke pusat pemulihan tapi beliau langsung tidak solat dan mengaji. Sehingga beliau ditegur oleh Melly, seorang kenalan yg sama2 masuk pusat itu. “Buat apa kau nk fikir lagi Milah, Nasi dah jadi bubur.
Semua dah berlaku dan kau harus terima kenyataan ni. Allah hanya uji kepada hambanya yg mampu dan kau insan terpilih untuk terima ujian ni.”

“Tapi family aku semua dah buang aku Melly, dorang semua tak boleh terima apa yg aku dah buat?”. “Habistu, kau ingat family aku akan terima aku? kita sama saja Milah, sekarang kita tak ada pilihan lain. Selain kita bina hidup baru. Lupakan segala apa yg dah berlalu. Malam tu betul2 buat Milah terharu.

Ketika semua sudah pun tidur. Milah ambil air sembahyang. Milah cuba untuk solat dan bertaubat. Airmata taubat tak berhenti mengalir dari mata Milah. Milah betul2 menyesali apa yg terjadi. Milah memohon agar Allah ampunkan dosanya dan sejak dari itu Milah mula berubah.
Milah sudah mula solat dan mengaji seperti orang lain didalam pusat pemulihan itu.

Esok adalah hari lahir anak Milah dan Milah berniat untuk mengirim surat ucapan kepada anaknya itu dan Milah mendapat kebenaran untuk bercakap dengan anaknya yg berusia 8 tahun melalui telefon ketika itu.. “Salam Mira, Mama ni.”.. Waalaikumsalam Mama, Mama pergi mana, Mira rindu mama.”

Semakin deras airmata Milah jatuh bila mendengar anaknya rindukan dirinya. Sayu hati beliau. “Maafkan mama ye nak, Mama terpaksa sebab mama dah berpisah dengan papa”. “Mama baliklah, Mira nak mama. Mira taknak orang lain. Mira nak mama sorang je.” Milah terdiam. tak mampu untuk berkata2 lagi.. sayu yg teramat sangat. Rasa bersalah sangat terhadap anaknya itu.

Sehinggalah tiba cuti sekolah, Milah dapat khabar gembira yg anak beliau dibenarkan datang dan tinggal bersama Milah selama seminggu. Milah tersangat gembira berbaur sedih. Kerana bimbang anaknya itu malu melihat nasib emaknya itu. Tetapi ternyata sangkaannya meleset. Ketika anaknya tiba, anaknya berlari menuju ke Milah dan memeluk erat tubuh ibunya itu.

Milah menghabiskan masa seminggu bersama anak perempuannya itu dan pada malam terakhir. Milah berdoa kepada Allah,
berilah peluang kedua buatnya untuk kembali mengecapi bahagia. “Ya Allah ya tuhanku, Jika Safwan itu yg terbaik buatku, kembalikan dirinya terhadapku.
Andai sebaliknya. Kau pertemukan jalan hidupku Ya Allah.

Aku juga ingin mengecapi bahagia sama seperti orang lain.” Entah bagaimana,
Allah nak bantu selamatkan hubungan mereka. Allah pertunjukkan sifat sebenar perempuan yg dikejar oleh Safwan. Malam itu, Safwan ternampak Rina gadis yg beliau mahukan bersama dengan lelaki lain. Dan lebih menyedihkan lagi bila Safwan tanya tentang hubungan mereka.

Dengan selamba gadis itu berkata. “Kau sedar diri kau tu sikit. Dah la muka tak handsome, duit pun tak banyak. ada hati nak dekat aku”. bagai tertusuk duri yg tajam. Kini Safwan menyedari yg selama ini beliau dipermainkan. Keesokannya.
Saat Safwan datang untuk kembali mengambil anaknya pulang. Safwan sempat berkata.

“Awak teruskan jalani pemulihan disini elok2. Saya dan anak akan tunggu kepulangan awak.” Bagai halilintar menyentap jantungnya. dengan hanya kata2 seringkas itu. Telah membuatkan Milah rasa terharu sangat2. Tanpa sedar berlinang airmatanya. Milah sering terfikir, betul ke apa yg disampaikan oleh bekas suaminya itu. atau hanya sekadar untuk menyedapkan hatinya.

Saban hari beliau berdoa agar semuanya dipermudahkan. Sehinggalah hari yg dinanti2kan. Milah bebas pada hari ni.
Dan yg paling menggembirakannya beliau disambut oleh bekas suami dan anak perempuanya itu. Milah tersangat gembira melihat keadaan tu. Milah berlari dan memeluk erat tubuh anaknya itu. Didalam kereta, Milah mula bertanya. Tentang perempuan yg bersama suaminya sebelum ini.

Dengan nada selamba suaminya berkata. “Tak perlu ditanya lagi. Perempuan lahant tu hanya memainkan perasaan abang, ternyata di belakang abang dia banyak lelaki dan baru kini abang sedar yg Milah tetap terbaik disisi abang.
Maafkan segala salah silap abang kepada Milah.” “Habistu abang nak saya pakai s3ksi2 ke pakai tudung sekarang ni.”

“Milah jadi diri Milah yg dulu. Abang dah insaf. Abang nak ajak Milah rujuk semula di pejabat agama. Dan mula hidup baru jauh dari sini.” Alhamdulillah,
akhirnya mereka rujuk semula. Dan berkat dari perkahwinan semula. Allah ubah suaminya 100%. Kini suaminya itu menjadi seorang yg sangat penyayang dan taat kepada agama.

Pada peringkat permulaan setelah bersama semula, banyak mulut2 yg tak berhenti henti mencaci dan menghina pasangan ini.
Ada jugak yg mengutuk perbuatan Milah yg sebelum ini hampir murt4d dan berbagai2 lagi tanggapan orang sekeliling. Malah keluarga Milah sendiri juga malu untuk menerima Milah dan telah menganggap Milah tidak wujud dalam dunia ni.

Tapi kuasa Allah, siapa tahu. Berkat doa yg tak putus2 dari mereka suami isteri.
Akhirnya Allah makbulkan. Dan raya tahun lepas mereka cuba pulang ke pangkuan keluarga mereka. Tanpa sedar, rupanya emak Milah juga sudah lama menanti kepulangan anaknya itu. Pertemuan yg penuh dengan drama airmata. Saat melihat kelibat milah di hadapan pintu rumah.

Emaknya yg terkejut dengan kepulangan anaknya itu terus melepaskan bakul baju ditangannya dan terus berlari memeluk anaknya itu. “Maafkan Milah emak.” “Syukur nak kau dah balik. emak dah puas tunggu kepulangan kau. Kenapa kau tak balik tengok mak. “Milah malu mak, Milah dah buat aib dekat muka mak.”

“Milah anak emak, baik buruk Milah tetap anak mak. Emak tak pernah buang Milah.
Kalau mak marah tu tanda mak sayangkan Milah. Emaknya memeluk erat tubuh kecil Milah. Semarah mana pun seorang emak kepada anaknya. Itu tetap d4rah dagingnya dan air yg dicincang takkan putus. Keluarga mereka mula menerima hidup mereka setelah berbelas tahun tidak berjumpa dan kini mereka hidup aman dan bahagia.

Ketahuilah, dengan hanya 1 kata2. Anda boleh mengubah seseorang manusia tu. Jika kata2 itu ialah kata2 yang baik.
Maka berubahlah orang itu kearah kebaikan. Tetapi jika kata2 itu berarah kepada keburukan. Maka buruklah jadinya.
Dan inilah apa yg terjadi kepada keluarga ni. Hargailah pasangan anda..
Terimalah baik buruk mereka seadanya.
Janganlah Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Mujur pasangan ni kedua2nya di beri peluang kedua oleh Allah Swt untuk mengecapi rasa bahagia semula dan janganlah kita menghukum seseorang itu dari latar belakangnya atau kisah silamnya. Kerana baik buruk pengakhiran seseorang itu hanya Allah yang tahu. Cerita ini ialah Adaptasi dari kisah benar yg di share oleh salah seorang follower saya. Tapi saya terpaksa ubah sedikit jalan cerita bagi mengelakkan ada yg mengenali si pemberi maklumat.

Sumber : Peluang Kedua, Penulis Eddie Dieana #penuliseddiedieana.

Continue Reading

Trending