Tak Henti Hantar Mesej Tapi Tidak Berjawab, Rupanya Suami Sudah MeninggaI Dunia Akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19

Sungai Petani:  “SeIamat pagi sayang… Assalamualaikum sayang,” itu kiriman mesej WhatsApp terakhir Azliza Mohd Rosli, 37, kepada suaminya sebelum mengetahui lelaki terbabit sudah meninggal dunia akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19, Jumaat lalu. Suaminya, Hamzah Md Yusuf, 44, meninggal dunia selepas 9 hari menerima rawatan selepas dijangkiti virus itu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Katanya, dia tidak dapat melelapkan mata sepnjang malam apabila mesej yang dihantar tidak di jawab, malah panggilan juga tidak terjawab.”

Kami berbual dalam WhatsApp bermula jam 12 tengah malam, sebelum meminta izin suami untuk membuat panggilan video dan memintanya supaya jangan tidur.

“Suami ada membalas memberitahu yang dia sukar untuk tidur dan itulah kata-kata terakhirnya kerana panggilan video yang dibuat kepadanya langsung tidak dijawab,” katanya.

Menurutnya, dia beranggapan suaminya mungkin keletihan dan ingin berehat, namun Azliza tetap mencuba menghantar mesej kepada suaminya itu.

Tak Henti Hantar Mesej Tapi Tidak Berjawab, Rupanya Suami Sudah MeninggaI Dunia Akibat C0VlD-19

“Saya masih cuba menghubungi suami kerana tidak tahu yang dia sebenarnya sudah ditidurkan.

“Sekitar 8.30 malam, barulah saya menerima panggilan telefon dari hospital yang memaklumkan suami sudah meninggal dunia,” katanya.

Azliza berkata, arwah suaminya bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Kuala Ketil dan mereka bertemu jodoh hampir tujuh tahun lalu selepas pasangan masing-masing sudah meninggal dunia.

“Saya juga tidak berpeluang berhubung kerap dengan arwah sepanjang tempoh sembilan hari arwah dirawat di HSAH kerana keadaan kesihatannya yang tidak stabil,” ujarnya.

Katanya, arwah sebelum ini ada menghantar mesej dan berpesan kepadanya supaya menjaga anak-anak sebaik mungkin.

Allahyarham Hamzah meninggalkan tiga anak bersama bekas isteri dan seorang lagi hasil perkahwinan bersama Azliza.

Azliza pula mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya.

Semua termasuk tiga anak tirinya tinggal bersama Azliza serta mereka sangat rapat dan memanggilnya dengan gelaran umi.

Azliza berkata, dia kini buntu bagaimana untuk menyara keluarga memandangkan sebelum ini arwah suaminya yang menjadi tonggak keluarga.

Tambahnya, dia bersama lima anak sedang menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19 kira-kira seminggu lalu.

“Saya memang tidak pernah bekerja dan kini hanya menggunakan baki wang yang ada untuk menyara keluarga,” katanya.

Pada Yang Membaca Minta Jasa Baik Untuk Tinggalkan Komen Untuk Lebih Ramai Nampak Artikel Ini

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.