Connect with us

#news

Dikatakan Pihak Lelaki Sudah Hantar Rombongan Merisik, Mira Filzah & Wan Emir Astar Kahwin Oktober Ini?

Aktres Mira Filzah dan jejaka yang dikatakan kini teman rapatnya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini. Selepas berlakon menerusi beberapa drama sebagai watak sampingan, siapa menduga ia merupakan titik mula yang indah dalam kerjaya Mira Filzah. Saban tahun, dia menerima pelbagai tawaran berlakon dan lebih mengejutkan apabila kebanyakan drama yang diterajui oleh wanita anggun ini mendapat sambutan luar biasa. Sepanjang itu, dia seringkali dikaitkan kononnya mempunyai hubungan istimewa bersama rakan gandingannya di dalam drama.

Memetik Astro Awani, keduanya bakal disatukan pada dalam tempoh tujuh bulan akan datang, seperti mana yang didakwa satu sumber.“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” dakwa sumber tersebut seperti yang dipetik.

Meskipun sudah banyak kali menafikan dakwaan mengenai kisah cintanya, namun akhirnya peminat dikejutkan dengan insan sebenar yang sudah berjaya menambat hati pelakon ‘Adellea Sofea’ ini. Setelah lama menjadi tanda tanya, pemuda bertuah bernama Wan Emir Astar akhirnya didedahkan kepada umum. Kemunculan mereka berdua dalam majlis perkahwinan Farah Nabilah hujung tahun lalu benar-benar mencuri tumpuan ramai.

Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.

Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita berusia 26 tahun itu. Lelaki berusia 30 tahun itu merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya