Connect with us

#pop

Dipanggil akak, reaksi wanita ini cuit hati ramai

Waktu kita ingin membeli secara bertemu penjual atau online pastinya panggilan terhadap penjual yang digunakan adalah kakak atau sis.

Walau bagaimanapun, situasi di atas kadangkala menimbulkan masalah kerana pembeli akan rasa keliru untuk menggunakan gelaran yang sesuai pada penjual dan akhirnya panggilan kakak jugalah yang digunakan unutk memulakan perbualan.

Perkara ini juga tidak terlepas dari pihak penjual terutamanya peniaga online dan kebanyakkan lebih selesa menggunakan gelaran sis untuk semua pelanggan mereka.

Menarik untuk dikongsi, satu rakaman video memaparkan situasi di mana seorang penjual dipanggil sebagai kakak oleh pembeli telah mencuit hati ramai. Video yang dimuat naik melalui laman Instagram Hot FM telah membuat warganet terhibur dengan reaksi sporting wanita ini.

Terkesan kerana acap kali dipanggil akak oleh beberapa orang lelaki membuatkan dia menegur pembeli kerana dia bukanlah akak kerana hanya baru berusia 20 tahun.

“Akak, akak! Aku baru 20 tahun la”

 

View this post on Instagram

 

“Akak, akak! Aku baru 20 tahun la” 🤣🤣 Hahahaha sporting gila akak Mcd ni! Terbaik 😜 Twitter : fahmidgaf

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Biarpun begitu, pembeli tidak terus marah malah sempat berseloroh dengan wanita tersebut dengan memberi pick up line sehingga membuatkan situasi itu bertambah lucu membuatkan netizen berulang kali melihatnya.

Pada masa yang sama, terdapat juga komen yang berharap mereka memiliki keberanian seperti wanita ini bagi membetulkan panggilan kakak terhadap dirinya..

Perkongsian video di laman Instagram itu juga menerima pelbagai reaksi selain ditonton lebih 240,000 views menunjukkan situasi itu seperti kerap kali berlaku dalam kehidupan seharian.

Apa yang pasti kebiasannya wanita yang mudah terasa dengan panggilan dan gelaran ini. Lelaki kalau dipanggil sis pun layankan jer..betul tak?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya