Kecewa Dengan Keputusan Terjunan, Sekali Pandalela Sebut ‘Sesuatu’ Di Kamera TV. Terhibur Rakyat Malaysia.

Video di akhir artikel

Sebentar tadi, atlet Malaysia dalam sukan terjun 10 meter platform seirama wanita, Pandalela Rinong dan Leong Mun Yee telah turun beraksi untuk merebut gelaran di Olimpik Tokyo 2020.

Harapan kontinjen Malaysia untuk meraih pingat menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita tidak kesampaian selepas gandingan penerjun sensasi negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee sekadar menduduki tangga kelapan.

Pasangan negara bermula baik pada dua terjunan awal namun gagal mempamerkan konsistensi dalam baki tiga terjunan seterusnya apabila sekadar meraih 277.98 mata.

Penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi menetapi ramalan apabila mudah merangkul pingat emas apabila mempamerkan terjunan cemerlang dalam kelima-lima terjunan dengan mengumpul 363.78 mata.

Dalam pada itu, Jessica Parratto dan Delaney Schnell dari Amerika Syarikat meraih perak dengan kutipan mata 310.80 manakala gangsa menjadi milik gandingan Mexico Gabriela Agundez-Alejandra Orozco (299.70)

Kami Bangga Syabas!

Walau bagaimanapun, pastinya seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian mereka dan mengucapkan syabas diatas usaha yang begitu besar untuk mengharumkan nama negara.

Namun, disebalik pertandingan tersebut, satu video pendek menunjukan reaksi Pandalela apabila menerima keputusan terjunannya telah menarik perhatian ramai dan menghiburkan semua.

Reaksi ‘Biasa’ Depan Kamera

Menerusi video yang tular itu, ramai yang perasan Pandalela dengan spontan menyebut perkataan ‘babi’ tanpa disedari kata-kata tersebut mendapat sorotan kamera.

Walaupun perkataan tersebut terdengar kasar kepada rakyat Malaysia, namun warganet menerimanya dengan terbuka serta turut sama terhibur melihat sorotan video berkenaan.

Kita Semua Pun Cakap ‘That’ Word, She’s Malaysian

Mereka juga sedar bahawa perkataan tersebut seperti satu ‘bukti’ menunjukkan seseorang itu rakyat Malaysia walaupun ia sesuatu yang agak kasar untuk dituturkan.

Warganet juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan apa yang diucapkan Pandalela yang pasti berasa kecewa apabila mendengar keputusan akhir terjunannya itu.

Kalau Aku, Mak Aku Dah Cili Mulut

True Malaysian, We Support You Pandalela

Dia Punya Frust, Sampai Malaysia Rasa

Kesian Pandalela Down Teruk

Ramai Rupanya Perasan, Aku Pun Tergelak

Orang Ramai Mendoakan Pandelela Buat Yang Terbaik Untuk Kategori Individu

Tetapi orang ramai memberi kata-kata sokongan dan mendoakan supaya Pandelela berjaya membawa pulang pingat untuk kategori individu nanti.

“Jangan risau, individu nanti pasti emas punya” ciap pengguna Twitter pertama

“Nampak juga. Tak mengapa anda sudah melakukan yang terbaik! Buat yang terbaik untuk individu Pandelela!!” ciap pengguna Twitter kedua

Apa-apa pun keputusannya, semoga Pandelela Rinong dan atlet negara yang lain dapat melakukan sebaik mungkin dan berjaya membawa pulang pingat emas untuk Malaysia. Malaysia boleh!

Tonton video disini:

Sumber: Twitter @HfizIrfann

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.