Connect with us

#pop

Ditatang Bagai Bayi,15 Tahun Edika Setia Jaga isteri. Ikuti Luahan Hati Isterinya

Edika Yusof, pelakon lelaki dan model yang popular sewaktu era kegemilangannya pada tahun 90-an. Beliau dilahirkan di Kampung Baru dan menceburi bidang lakonan secara tidak sengaja apabila menghadiri sesi ujibakat di Cherating, Pahang.

Edika selalu memegang watak lakonan sebagai orang kaya sombong kerana kelebihannya iaitu d4rah kacukan yang mengalir dalam dirinya.

KEBAHAGIAAN DIRAGUT DAN DIUJI

Impian manusia adalah untuk mendirikan keluarga bahagia, termasuklah Edika ini. Dia telah mengahwini dan mendirikan rumahtangga bersama Nor Hidayah Yusri. Berkat perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua zuriat. Namun, impiannya tidak bertahan lama. Beliau hanya merasa waktu indah alam perkahwinan selama dua tahun sahaja.

Isteri Edika disahkan menghidap penyakit Meningitis dimana tiga suku badan isterinya lumpuh. Akibat penyakit yang dihidap oleh Hidayah, dia tidak dapat mengeluarkan kata-kata dan memorinya diganggu. Walau bagaimanapun, ujian Allah ini kuat dihadap oleh Edika dan Hidayah atas semangat yang tinggi.

Sewaktu Hidayah sakit, dia dijaga bagai seorang bayi oleh Edika. Edika menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, sentiasa di sisi selama dia perlukan kekuatan untuk mengatasi perasaan kecewa dihatinya.

15 TAHUN MENJAGA ISTERI TANPA RASA MENGALAH

15 tahun, Edika Yusof masih setia menjaga Hidayah dengan rapi tanpa rasa beban. Malah, Edika menganggap isterinya bukan OKU dan melayannya seperti orang yang sihat. Beliau berkelakuan demikian bagi isterinya semangat untuk meneruskan kehidupan.

Menurut isterinya pula, pengorbanan yang dilakukan oleh Edika tidak dapat dibalas sejak dia terlantar sakit lagi. Dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga bukan lah sesuatu perkara yang mudah memandangkan keadaannya yang tidak dapat bergerak.

KOMUNIKASI DUA HALA SANGAT PENTING

Komunikasi dua hala amat penting bagi pasangan suami isteri ini. Jika hanya Edika yang menjalankan tanggungjawabnya, ibarat bertepuk sebelah tangan. Hidayah juga perlu berikan usaha yang terbaik buat mereka berdua.

Hidayah yang memerlukan penjagaan elok dan rapi merupakan ujian paling berat buat Edika. Dia perlu menguruskan makan minum, kebersihan dan semua keperluan isterinya semenjak sebahagian badan isterinya lumpuh.

Janji yang dibuat oleh Edika adalah punca utama semangat Edika tidak goyah. Jika perkara begini berlaku kepada dirinya, dia mengharapkan Hidayah untuk kekal bersama dan sentiasa membantu antara satu sama lain.

Ya Allah, semoga Edika Yusof dan Nur Hidayah Yusri dikuatkan semangatnya.

Semoga kisah ini membuatkan para suami isteri diluar sana menghargai satu sama lain. Cinta dan sayang bukanlah tidak penting, namun ia takkan kekal jika kita melepaskan tanggungjawab kita kepada pasangan.

Sumber: meecks

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya