Kantoi 350 pekerja di kilang ketika serbuan, warganet desak dedah wajah majikan kilang!

Seramai 350 pekerja kilang didapati sedang bekerja dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa menerusi Ops Patuh Bersepadu Besar-besaran yang dilakukan pada Jumaat, 2 Julai 2021.

Kilang langgar SOP

Rakaman video menunjukkan para pekerja sedang duduk mencangkung selepas diserbu viral di sosial media setelah pemilik Twitter @zulkiflibujang menyiarkan perkongsian berkenaan.

Menurutnya lagi, kilang keluli terbabit terletak di Subang Dua, Subang Jaya dan beroperasi seolah-olah tiada apa yang berlaku dan langsung tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Hampir 90 peratus pernah dijangkiti ᴡᴀʙᴀᴋ

Video itu juga telah dimuat naik oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin di laman Facebook rasmi milik beliau.

 

Sebuah kilang pembuatan keluli di Subang Jaya, didapati beroperasi dan tidak patuh SOP PKP yang ditetapkan. Sebahagian besar daripada 350 pekerja yang didapati bekerja adalah dalam kalangan pekerja asing dan 90% daripada mereka pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini. Jabatan Imigresen Malaysia juga melakukan pemeriksaan terhadap dokumentasi mereka.#OPPATUH #SUBANGJAYA #AMALDANPATUH

Posted by Hamzah Zainudin on Thursday, July 1, 2021

 

Menurut penerangan beliau, hampir 90 % daripada jumlah pekerja kilang tersebut pernah dijangkiti ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sebelum ini. Jabatan Imigresen juga sedang menyiasat dokumentasi para pekerja terbabit memandangkan kebanyakan mereka merupakan warga asing.

Majikan WFH ke?

Sehubungan dengan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendesak agar pihak berwajib untuk mendedahkan wajah majikan degil berkenaan yang sengaja mengundang risiko ᴘᴇɴᴜʟᴀʀᴀɴ ᴡᴀʙᴀᴋ sedangkan arahan telah dikeluarkan.

Kantoi 350 pekerja di kilang ketika serbuan, warganet desak dedah wajah majikan kilang!

Dekat mana tu?

Kantoi 350 pekerja di kilang ketika serbuan, warganet desak dedah wajah majikan kilang!

Semua memang salah majikan

Kantoi 350 pekerja di kilang ketika serbuan, warganet desak dedah wajah majikan kilang!

Janji poket tauke tebal!

Kantoi 350 pekerja di kilang ketika serbuan, warganet desak dedah wajah majikan kilang!

Tunjuk je muka majikan

Kantoi 350 pekerja di kilang ketika serbuan, warganet desak dedah wajah majikan kilang!

Patutnya majikan yang kena duduk dekat panas terik!

Kantoi 350 pekerja di kilang ketika serbuan, warganet desak dedah wajah majikan kilang!

Ops Patuh Besar-besaran

Sebelum ini, Jabatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memaklumkan bahawa pihak mereka akan menjalankan Ops Patuh Besar-Besaran untuk menyerbu kilang-kilang yang didapati melanggar SOP ketika ᴘᴋᴘ.

 

Pelaksanaan Op Patuh secara besar-besaran dan bersepadu di seluruh negara bermula 2 Julai 2021 (Jumaat).Op Patuh…

Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Thursday, July 1, 2021

 

Ops Patuh tersebut difahamkan menggunakan strategi yang lebih drastik melalui pemeriksaan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebih teliti serta menyeluruh.

Ia melibatkan penggunaan aset-aset strategik seperti helikopter dan dron serta sekatan jalan raya mudah alih (mobile roadblock) milik agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan seperti PDRM, APMM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sumber: Twitter @zulkiflibujang, Facebook Hamzah Zainudin, Facebook KDN

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.