Tahan Warga Emas Pengutip Barang Lusuh, Tindakan Pegawai P0lis Ini Buat Ramai Tergamam

Semem4ngnya slogan polis dan masyarakat berpisah tiada sering kali kita dengar bagi memastikan semua pihak saling memb4ntu dalam memastikan sekeliling kita berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Menerusi satu perkongsian yang dibu4t oleh seorang pengguna media sosial yang juga anggota polis dikenali sebagai Asrul Jamaluddin, dia telah memuat naik video ‘pegawainya’ yang menyantuni seorang warga emas dan memberikan sedikit bantuan.

Hal ini susulan perasaan sebak apabila melihat individu yang sudah berusia masih lagi gigih mencari pendapatan dengan mengvmpul barangan terpakai untuk dijual bagi memperolehi duit.

Dalam video tersebut, pada awalnya Asrul mem4klumkan dia terkejut melihat pegawai atasannya tiba-tiba keluar dari kereta peronda dan menahan warga emas itu.

Perkongsian murni tersebut tular dan mendapat perhatian ramai sehingga Laman Facebook Polis Diraja Malaysia memuat naik kembali video berkenaan.

VIDEO PILIHAN: DISEBALIK KETEGASAN ADA KELEMBUTANNYA

VIDEO PILIHAN: DISEBALIK KETEGASAN ADA KELEMBUTANNYASiapa sangka di sebalik ketegasan ada kelembutannya. Inilah sifat yang ditunjukkan oleh Inspektor Saravanan Gunasekaran bersama rakan setugas Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin yang menghulurkan sedikit sumbangan kepada seorang lelaki yang sedang membawa barangan terpakai sewaktu mereka menjalankan tugas pemantauan di sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini, semalam.Syabas Inspektor Saravanan Gunasekaran dan Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin serta warga IPD Kerian, Perak dalam menyantuni masyarakat setempat. Semoga ia menjadi teladan dan inspirasi buat semua.Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada!Sumber: Asrul Jamaluddin

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Saturday, September 11, 2021

Sehubungan dengan itu, Pihak Polis Diraja Malaysia mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada Inspektor Saravanan Gunasekaran bersama rakan setugas Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian kerana memberi teladan yang baik buat semua.

a

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa seronok melihat contoh baik dari pihak berkuasa yang kekal prihatin sesama manusia tanpa sebarang prajudis berkenaan agama, bangsa serta keturunan.

Semoga contoh teladan yang murni ini menjadi penyebab lebih ramai lagi yang melakukan kebaikan di masa akan datang.

a

a

a

a

Sumber : OMM | MotifPortal

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.