Terjumpa “Sarung” Dalam Beg Laptop Abah. ᴘᴇʟɪᴋ, Mak Bukan Kerja Sama Dgn Abah Pun, Sampai Satu Hari ᴀʏᴀʜ Mesej Kata ᴜʀᴜsᴀɴ ᴛᴇʀɢᴇɴᴅᴀʟᴀ Beberapa Jam

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. ᴀᴋᴜ dibesarkan oleh dua ibu bapa yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Walaupun tidak kaya tapi keperluan ᴀᴋᴜ dan adik-beradik tidak pernah kurang. ᴀᴋᴜ anggap ᴀʏᴀʜ seorang ᴀʏᴀʜ yang sangat baik. ᴀʏᴀʜ selalu kerja keras untuk cari rezeki dan selalu pergi outstation setiap minggu atas urusan kerja.

Tapi dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai ᴀʏᴀʜ dan meluang masa untuk anak-anaknya. Sekurangnya itu apa yang ᴀᴋᴜ anggap…

Semasa ᴀᴋᴜ di alam persekolahan (mengengah), dalam 10 tahun yang lalu, ᴀᴋᴜ ternampak mesej ᴀʏᴀʜ dengan perempuan lain. Bersayang rindu bagai. Remuk hati ᴀᴋᴜ . Mak jenis yang tidak cek handphone atau pergerakan ᴀʏᴀʜ. ᴀʏᴀʜ bebas buat apa sahaja. Mak tidak akan pernah mengongkong.

Bila fikir balik, ᴀᴋᴜ terimbas kembali sewaktu ᴀᴋᴜ kecil dalam umur 4 tahun ᴀᴋᴜ teringat kali pertama dan terakhir ᴀᴋᴜ melihat mak dan ᴀʏᴀʜ bergaduh dihadapan kami adik-beradik. Sebabnya ᴀʏᴀʜ mahu keluar malam tetapi mak tidak setuju dan ᴀʏᴀʜ teruk marah.

Sejak dari itu mak tidak pernah menghalang pergerakan ᴀʏᴀʜ. Malah dibiarkan sahaja jika mahu pulang lewat malam atau pagi. Sudah lali hampir 30 tahun hidup bersama.

Walaupun remuk hati ᴀᴋᴜ lepas baca mesej ᴀʏᴀʜ dan wanita lain, ᴀᴋᴜ diamkan sahaja. ᴀᴋᴜ hormat ᴀʏᴀʜ macam biasa. Tidak pernah bangkitkan pasal isu ini. Mesej sahaja. Tak lebih.

Alaa… lelaki kan, semua sama sahaja. ᴀᴋᴜ pujuk diriku. Tetapi ᴀᴋᴜ kasihankan mak. Sampai hati dia buat orang yang ᴀᴋᴜ sayang macam tu.

Ada satu tempoh masa dahulu, ᴀʏᴀʜ selalu kemana-mana bersama bag laptopnya. Pergi kerja, pergi jalan, pergi keluar walaupun bukan urusan kerja. Satu hari, ᴀᴋᴜ ingin mencari barang di dalam bag laptop ᴀʏᴀʜ, dan terjumpa knd0m di dalamnya.

Macam-macam bermain di fikiran. Yang paling penting, kenapa perlu bawak knd0m ke tempat kerja. Mak bukan kerja sama ᴀʏᴀʜ pun. ᴀᴋᴜ diamkan lagi…

Satu hari rakan sekerja ᴀʏᴀʜ, mak cik B, ada urusan (bukan hal kerja) di luar negeri dan minta ᴀʏᴀʜ menemannya sebab ᴀʏᴀʜ arif dalam hal itu. Mak pun biarkan sahaja ᴀʏᴀʜ pergi bersama B.

Tak lama, balik hari sahaja beberapa jam selesai urusan. ᴀᴋᴜ pulak banyak tanya kepada mak kenapa ᴀʏᴀʜ perlu ikut, kenapa tak suruh suami B sahaja selasaikan urusan itu dan berapa lama.

ᴀᴋᴜ bukak mesej mak dengan ᴀʏᴀʜ. Awalnya kata tidak lama. Tapi tiba-tiba ᴀʏᴀʜ mesej kata urusan tergendala beberapa jam. Kena tunggu dan mereka pergi jalan di kota untuk membuang masa.

Kenapa ᴀᴋᴜ bukak mesej mak…sebab ᴀᴋᴜ nampak ᴀʏᴀʜ bawak bag laptopnya. Urusan itu tak memerluukan laptop. Air mata ᴀᴋᴜ jatuh bila nampak ᴀʏᴀʜ bawak bag laptop dia pergi jumpa perempuan itu. Tak tenteram hati. Kasihan dekat mak…

ᴀᴋᴜ rasa mak ada syak atau tahu sesuatu tapi dia tidak akan pernah menceritakan kepada anak-anaknya. Berpuluh tahun hidup bersama mustahil tidak tahu perangai suami walaupun tidak cek handphone. Dia selalu berseloroh, kalau ᴀʏᴀʜ mahu kawin lagi kawin la. ᴀᴋᴜ pulak rasa marah.

Bertahun ᴀᴋᴜ simpan rasa marah kepada ᴀʏᴀʜ tetapi tidak pernah tunjuk kepada dia sebab salahnya bukan kepada ᴀᴋᴜ tapi kepada ibuku. Dia ᴀʏᴀʜ yang baik tapi bagi ᴀᴋᴜ dia bukan suami yang baik pada pandanganku. Bila ᴀᴋᴜ meningkat dewasa baru ᴀᴋᴜ nampak banyaknya krban ibu sampai ᴀʏᴀʜ banyak lepaskan tanggungjawab kepada ibu.

Bertahun ᴀᴋᴜ bergolak dengan perasaan ᴀᴋᴜ sendiri. ᴀᴋᴜ tak percaya lelaki. ᴀᴋᴜ marah ᴀʏᴀʜ tapi dia tidak salah kepada ᴀᴋᴜ dan sentiasa ada untuk kami sekeluarga. ᴀᴋᴜ sayang ᴀʏᴀʜ sangat. Hari ganti hari ᴀᴋᴜ cuba redha.

ᴀᴋᴜ buat keputusan untuk lepaskan hal ini dan biar dia dengan rahsianya. ᴀᴋᴜ tetap akan sayang dia macam biasa. Biarlah tidak konvensional, sekurangnya dia tidak tunjuk depan-depan. ᴀᴋᴜ pujuk diri…

Sampailah satu hari, ᴀʏᴀʜ masuk wad… Tidak serius pun skitnya, mak beritahu ᴀᴋᴜ supaya tidak perlu tergesa pulang. ᴀᴋᴜ pulang pada hujung minggunya dan mak pun ceritalah perkembangan ᴀʏᴀʜ.

Tiba-tiba mak cerita, B datang bawak bubur untuk ᴀʏᴀʜ. Lantas ᴀᴋᴜ bertanya semula kepada mak. Kenapa dia perlu datang? Suami dia tidak ikut ke? Mak jawab pendek dan terus alih topik. ᴀᴋᴜ syak dia tahu ᴀᴋᴜ marah B ni. Mak bukan bodoh cuma dia tak nak besarkan hal.

Yang buat ᴀᴋᴜ marah, makin berani B ni datang depan mak ᴀᴋᴜ. Nasib bukan depan ᴀᴋᴜ. Sampai sekarang ᴀᴋᴜ tak pernah jumpa B. Aku tanak. Kalau aku nampak dia depan-depan aku akan kurang ajar. Dah ada suami tapi sibuk dengan suami orang lain. Memang kurang kasih sayang pun sebab dia isteri kedua suaminya.

Kadang-kadang ᴀᴋᴜ jeling phone ᴀʏᴀʜ ᴀᴋᴜ nampak dia masih lagi mesej ᴀʏᴀʜ sampai sekarang pada waktu malam. Normal kah isteri orang bermesej dengan suami orang pada waktu malam. Lagipun mereka sudah tidak kerja di pejabat yang sama lebih bertahun sudah.

Bagi ᴀᴋᴜ lelaki tetap lelaki walaupun dia ᴀʏᴀʜ ᴀᴋᴜ. ᴀᴋᴜ banyak baca k3s cuurang sekarang tapi sikit pon ᴀᴋᴜ tak terkejut. Lelaki… kalau ada peluang takkan dia lepas. Beza halal haram je.

Kalau yang nak halal dia kawin lain. Kalau haram, buat lah perempuan simpanan macam ᴀʏᴀʜ ᴀᴋᴜ. Hahahaha… Paling baik pon akan terfikir perempuan lain jugak cuma tidak bertindak. Dah lali. Jangan lah percaya lelaki bulat-bulat. Dan jangan lah harap banyak sangat daripada mereka ni. Nanti merana.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Suhaida Ahmad, Perkahwinan adalah satu perjudian hidup.semat d hati ibu2, berkerjaya tak kira d mana generate ur own money.ada rumah sendiri dan pandai urus kluarga dan kewangan. jodoh berpanjangan alhamdulilah jika separuh jalan anda bolih berdikari.hidup mesti berpihak kpd jln yg selamat utk diri dan anak2.

Oya Alya, setuju dik.. bagus adik pandai berfikir dgn matang. mmg lelaki tetap lelaki, baik mcm mana pun, tak pernah hanya satu perempuan dlm hati dia. msti ramai. dan isteri dia tu cuma org yg dia rasa selesa utk dibodoh2kan.. tp sebenarnya mak adik x bodoh pun.

sbb dia tahu hala tuju hidup dia ke mana. bkn nk seronok je mcm mkcik B tu. salute dgn mak sis.. jangan pernah jadikan kesetiaan seorang lelaki sebagai ukuran kebahagiaan. sbb kesetiaan seorang lelaki takka pernah wujud.

Azi Muda, Tak nak komen asalnya, ishh gatal juga jemari ni. Ginilah adik, jangan takut untuk berkahwin kelak. Jangan fikir yang bukan2. Doa baik2. Future adik masih belum berlaku. Tak semua lelaki macam ᴀʏᴀʜ awak. Masih ada yang baik. Doalah kata kuncinya.

Bab mak adik tu, akak rasa dia bertahan pon sebab anak2, rasa cinta mungkin dah takde, dia tahu baik buruk suami. Tengok mak adik pon x burukkan suami cuma nasib adik terjumpa aib si ᴀʏᴀʜ. Biarlah dosa ᴀʏᴀʜ tu dia tanggung. Yang penting awak bahagiakan mak dik tau.

Ayuni Nadia, Berhati2 la lelaki or perempuan once da jd parents. Anak2 memerhati segale tingkah laku kite. Bertanggugjawab antare 1 same lain, berkomunikasi secare baik, jujur. Jgn sampai anak hiilang hormat pade ᴀʏᴀʜ atau ibunye sendiri dsebabkan perkare ini.

Khulailah Musa, Kemungkaran wajib dihalang. Ibu kamu wajib tegur kemaksiatan bapa kamu. Di dunia bolehlah tulikan telinga dan butakan mata Hati. Mana ada kebahagian dalam keluarga apabila bapa bebas buat maksiat..Redha Allah tiada.

Nur Rahayu, Sayang bukan bermakna kita diamkan kesalahan mereka. Bawa ᴀʏᴀʜ bersama masuk syurga. Itu baru sayang.. cari pendekatan terbaik.. semoga tt sekeluarga sentiasa dlm rahmat Allah.Terus terang pada ibu dan bapa kamu.

Fairuz Nisa, Perempuan pun sama dik. Tak tahu salahnya di mana. Udah berkahwin, tetap sanggup jadi stok geli² lelaki yang statusnya suami orang yang bernafsu kuda tapi duitnya tak der. Moga kita dijauhkan..aamiin. Dugaan setiap orang x sama

Sumber – AA (Bukan nama sebenar) via iiumc/edisimedia

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.