Terkini Vakꜱin Pfiᴢer SeIamat Digunakan Untuk Kanak2 Berumur 5 Hingga 11 Tahun ?

FRANKFURT: Pfizer dan BioNTech telah mengumumkan keputusan ujian v4ks1n C0V1D-19 syarikat itu mampu menghasilkan tindak balas imunisasi yang cepat dan selamat digunakan pada kanak-kanak berumur antara 5  hingga 11 tahun.

Menurut syarikat itu, mereka akan mendapatkan kelulusan penggunaannya terhadap golongan berkenaan dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, dos v4ks1n tersebut akan diberikan pada kadar yang lebih rendah daripada individu berumur 12 tahun ke atas.

“Bagi peserta berusia lima hingga 11 tahun, penggunaan v4ks1n adalah selamat dan menunjukkan tindak balas antibodi yang kuat,” menurut kenyataan bersama dikeluarkan Pfizer dan BioNTech.

Berdasarkan hasil ujian, mereka akan menghantar data berkenaan kepada Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan badan berwajib di seluruh dunia secepat mungkin.

Keputusan yang diperoleh itu adalah yang pertama untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, sementara ujian bagi v4ks1n Moderna untuk kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun, masih di dalam kajian.

Menurut ujian yang dilakukan, kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun diberi dua dos v4ks1n sebanyak 10 mikrogram berbanding 30 mikrogram untuk orang dewasa.

Inokulasi itu diberikan dalam tempoh 21 hari ketika ini, dengan kedua-dua v4ks1n Pfizer dan Moderna diberikan kepada golongan yang berumur 12 tahun ke atas di seluruh dunia.

Biarpun kanak-kanak kurang berisiko sekiranya dijangkiti C0V1D-19, wujud kebimbangan dengan kehadiran varian Delta yang boleh menjurus kepada kes lebih serius.

Malah, pemberian v4ks1n kepada kanak-kanak dilihat sebagai kunci utama memastikan sekolah dibuka dan membantu menamatkan pandemik itu.

“Kami amat berharap dapat memperluaskan lagi perlindungan menerusi v4ks1n ini kepada populasi muda,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla.

Katanya, kes C0V1D-19 membabitkan peadiatrik di AS meningkat kepada 240 peratus baru-baru ini. – AFP

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.