Connect with us

#viral

“Doakan Kami Miliki Zuriat ..” Abang FoodPanda Dapat Tips RM5 Terselit Doa Buat Ramai Tersentuh Hati

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan anak-anak sebagai pelengkap kepada kehidupan berkeluarga. Cepat atau lambat, ketentuan Tuhan untuk setiap hamba-Nya telah tertulis. Kita sebagai manusia semestinya perlu berusaha dan Tuhan akan mengurniakan cahaya mata apabila tiba waktu yang tepat.

Seperti yang dikongsi seorang indiviu yang tular di media sosial dan telah menarik perhatian ramai orang hingga meraih lebih 21 ribu ulang kicau dan 30 ribu tanda suka.

Dapat dilihat dari posting tersebut, seorang penghantar makanan telah menerima tips bernilai RM5 daripada pelanggan setelah menghantar pesanan.

Menariknya, bukan hanya sekadar wang yang diterima, tetapi terselit doa dan impian pelanggan tersebut meminta didoakan agar dikurniakan zuriat.

”Doakan kami punya zuriat yang sihat tubuh badan dan sempurna sifat, dapat seorang pun dah memadai sangat- sangat. Terima kasih,” tulis pelanggan tersebut.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen, turut mendoakan supaya pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata. Semoga doa salah seorang daripada yang mendoakan dimakbulkan Tuhan kelak. Amin!

Semoga tahun ini ada rezeki yang indah untuk kalian

 

Semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh & solehah untuk beliau

Ya Allah, semoga doa salah seorang dari kita dimakbulkan

Sumber: Mohammad Fadly Sum via twitter @twtfkrl_

Continue Reading

Trending