Doktor Ini Pening Tengok Drama Melayu Kenapa Kita Suka Buat Adegan Yang Tak Masuk Akal

Jika ingin dibandingkan dengan taraf K-drama dan K-film, drama dan filem yang dihasilkan oleh industri filem dan televisyen Malaysia adalah bagaikan langit dan bumi daripada pelbagai aspek termasuk pemilihan barisan pelakon, kualiti penulisan skrip dan kos penghasilan. Malah ada juga adegan atau babak yang tidak masuk akal. Pening tengok.

Aspek yang sering dibangkitkan oleh peminat drama dan konsumer ialah pemilihan barisan pelakon.

Sekiranya melihat industri filem dan drama Korea Selatan, pemilihan barisan pelakon adalah sangat penting kerana mereka bukan sahaja melihat paras rupa tetapi kebolehan pelakon tersebut memegang watak dan menyampaikan peribadi watak tersebut sepanjang siri berlangsung malah semua pelakon perlu mempunyai kelayakan dan menjalani latihan-latihan tertentu.

Drama Camelia yang bersiaran di slot Samarinda baru sahaja melabuhkan tirainya tempoh hari, menamatkan segala konflik yang berlaku dalam drama berkenaan.

Namun, satu babak dalam episod 2 akhir di mana salah seorang watak terkena simbahan asid dan dirawat, menerima kritikan di laman sosial.

Apa fungsi face mask tu?

Doktor Ini Pening Tengok Drama Melayu Kenapa Kita Suka Buat Adegan Yang Tak Masuk Akal

Seorang doktor, Dr Muhammad Izzat di Twitter mempersoal tindakan produksi drama berkenaan yang menunjukkan watak Marina lakonan Ain Edruce terkena simbahan asid dengan balutan seperti mumia.

Tambah kelakar, setelah dibalut keseluruhan wajahnya, dipasangkan pula topeng bantuan pernafasan untuk menunjukkan betapa seriusnya rawatan diterima.

Mungkin disengajakan?

lihat pada minit 35:11

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa drama tanah air yang memiliki jalan cerita yang menarik dan mampu menghidupkan penceritaan dengan sangat baik yang seharusnya dijadikan contoh oleh produksi lain.

7 Hari Mencintaiku yang diarah oleh Jamal Khan merupakan sebuah drama televisyen yang telah mencatatkan jumlah tontonan tertinggi bagi drama tempatan iaitu sebanyak 12 juta tontonan.

Drama yang dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha ini telah menyayat hati penonton disebabkan oleh jalan ceritanya yang tragik dan agak realistik. Seterusnya, drama Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah yang diterbitkan oleh Zeel Production telah diulang tayang beberapa kali atas permintaan penonton.

Hal ini berkaitan dengan gabungan pelakon yang sangat menarik dan mempunyai chemistry yang hebat selain jalan cerita yang menarik.

Macam mumia Didi and Friends

Ada netizen yang berpendapat tindakan itu disengajakan untuk membuatkan drama demikian trending di laman sosial.

Setelah viral di laman sosial, rating drama akan meningkat setelah menjadi bualan netizen.

Doktor Ini Pening Tengok Drama Melayu Kenapa Kita Suka Buat Adegan Yang Tak Masuk Akal

Setakat ini tiada apa apa penjelasan dari team produksi drama tersebut. Mesti ada sebab kan .. kita tunggu je nanti apa kata dari mereka.

Rakyat Malaysia semestinya akan memberikan sokongan yang padu terhadap industri tempatan sekiranya kualiti drama lokal bermutu tinggi dan patut dibanggakan.

Sekiranya mereka menyokong drama yang berkualiti rendah tentu sahaja sangat memalukan kerana dengan teknologi media sosial pada masa kini, masyarakat luar dapat meneliti dan melihat mutu sebenar industri seni di negara Malaysia.

Oleh itu, pihak produksi dan badan kerajaan perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kaedah-kaedah bagi meningkatkan darjah kecemerlangan hasil seni tempatan dan menyokong sepenuhnya prosen penghasilan tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: OH BULAN

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.