Connect with us

#pop

Doktor Sempat Tunaikan Solat Subuh Atas Katil. Aj4l Kerana Dijangkiti COVID-19

Seluruh umat manusia tidak lagi terkejut apabila nama Covid-19 disebut, iaitu wabak virus yang berstatus ‘pandemik‘ kerana ia telah berleluasa sehingga ke pelusuk tempat.

Kewujudan pandemik ini bukan sahaja menggugat ekonomi dunia, malah ramai yang kehilangan nyawa.

Namun, kerja keras yang dilakukan oleh frontliners seperti doktor dan jururawat serba sedikit berjaya mengurangkan wabak ini dari lebih tersebar luas.

Tetapi, kematian itu tidak boleh dielak. Hari ini, seorang frontliner dari negara jiran, Indonesia telah kembali ke Rahmatullah selepas ia dikatakan telah dijangkiti wabak mematikan.

Menerusi laporan dari Viva.co.id, frontliner itu merupakan doktor yang bernama Adnan Ibrahim difahamkan telah menghembuskan nafas terakhirnya bertempat di sebuah pusat perubatan di Makassar, Indonesia pada jam 5:50 petang semalam.

Allahyarham sangat baik…Minta isteri belikan pakaian untuk patient di sebelah katilnya

Perasaan sedih tidak dinafikan menyelubungi kenalan, tetapi kawannya iaitu Wachyudi Muchsin kongsikan cerita berkenaan personaliti doktor Adnan Ibrahim.

Arwah baik orangnya. Arwah berada dalam keadaan tenat selepas di tahan di unit kecemasan selama lapan hari.

Pada waktu itu, arwah sempat meminta isterinya untuk menunaikan hasratnya dengan membelikan pakaian baru untuk pesakit yang berhampiran dengan katilnya

Sempat solat Subuh sebelum saluran pernafasan dicabut…Isteri mohon maafkan kekhilafan suami

Menurut Wachyudi, Arwah sempat menunaikan ibadah solat Subuh di atas katilnya sebelum pakar perubatan di unit kecemasan mencabut saluran pernafasan.

Menerusi sumber, isteri kepada Arwah juga menyampaikan pesanan arwah kepada beberapa kenalannya untuk memaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukan. Mendengarkan hal itu, kenalannya menyambut pesanan itu dengan tangisan pilu.

Sumber:coretan nasihat

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya