Lori Dipandu Terjunam Dalam Laut, Pemuda Lemas Tinggalkan Isteri Kurang Upaya dan 4 Orang Anak.

Port Dickson: Lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai lemas selepas lori dipandunya terjunam ke laut dari jeti pemunggahan arang batu di Jimah Power Plant, dekat sini, awal pagi tadi, baru saja mendapat kerja sebagai pemandu lori.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, mangsa, Sharul Nizam Said adalah bapa kepada empat anak dan isterinya berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Kami dimaklumkan mangsa baru saja mendapat kerja sebagai pemandu lori di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bomba dimaklumkan ketika kejadian terdapat lima orang sedang memunggah arang batu di jeti.

“Empat orang adalah pekerja warga asing yang sedang membersihkan arang batu manakala mangsa pula sedang mengundurkan kenderaan yang sarat membawa arang batu ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 1.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian 25 minit kemudian.

“Kami dimaklumkan ada seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut sedalam 20 meter ketika mengundur kenderaan (lori lima tan) ketika sedang melakukan kerja pembersihan arang batu.

“Pasukan sedang menjalankan pencarian mangsa di permukaan dan tugasan penyelaman dilakukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ketika air surut nanti,” katanya.

Mohd Hairul berkata, turut membantu operasi mencari dan menyelamat ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis dan lapan skuad penyelam PPDA.

“Kami menggunakan tiga bot termasuk sebuah bot APMM, bot penyelamat bomba dan sebuah bot ‘amphibious Inflatable’ (ARIB) dalam operasi pagi ini.

“Sehingga jam 12 tengah hari, kami belum menjumpai mangsa dan operasi akan diteruskan bagi mengesan mangsa yang dipercayai tidak jauh daripada lokasi kejadian” katanya.

Al fatihah.

sumber: hm

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.