Connect with us

#pop

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi satu kenyataan lewat petang ini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digugurkan keahlian dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta.

Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli parlimen itu pada Rabu

Muhammad Suhaimi berkata ,keputusan itu dibuat kerana kelima-lima ahli parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

“Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020, YB telah duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu. Sebaliknya, YB duduk di blok pembangkang,” katanya.

Katanya keahlian Dr Mahathir bersama empat ahli parlimen itu terhenti serta merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu – Trending Habis

..

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu – Trending Habis

..

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu – Trending Habis

Sumber : astroawani

Azmin menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengisi kekokosongan yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melalui satu proses telus dikendalikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong. – Gambar Fail
ALOR SETAR: Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan beliau tidak mengetahui dakwaan Pakatan Harapan (PH) telah mendapat sokongan 129 Ahli Parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan baharu.

Beliau berkata perbahasan mengenai perkara itu perlu dihentikan bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, kerajaan Perikatan Nasional dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi diheret dalam kemelut politik.

“Saya kira perkara itu telah dimuktamadkan mengikut peruntukan Perlembagaan undang undang dan sekarang adalah masa untuk tumpukan khidmat kepada rakyat dalam negara dan di peringkat negeri.
“Jangan lagi heret masalah politik sehingga rakyat menjadi mangsa kerana ada individu yang gila kuasa untuk jadi Perdana Menteri.

“Cukup cukuplah… jangan salahkan Perikatan Nasional kerana apa yang berlaku (punca) kerana ada seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan, nak salah siapa kalau itu kehendaknya, maka bila berlaku kekosongan ia perlu diisi, itu sahaja,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja bersama Menteri Besar di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan pihak yang mempertikai perlantikan Perdana Menteri kelapan perlu memahami dengan jelas bahawa Muhyiddin hanya mengisi kekokosongan yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melalui satu proses telus yang dikendalikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, wujud desas desus mengenai perubahan kerajaan sekali lagi berikutan dakwaan seorang penulis blog yang menyatakan Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan yang mencukupi bagi membentuk kerajaan mengantikan Perikatan Nasional.

Berdasarkan dakwaan terbabit, PH kini mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen dan mereka akan memohon untuk mengahadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.

Sumber : astroawani

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya