‘Dunia Saya Jadi Blank, Gelap Gelita. Saya X Boleh Terima’ – Terduduk Dr Say Dengar Doktor Mengesahkan Anaknya Hidap..

” Terduduk saya dengar perkataan itu..” – Dr. Say

Itulah luahan doktor selebriti, Dr. Say yang tidak dapat menggambarkan perasaannya setelah doktor mengesahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghdap Austism tahap sederhana.

Dr Say berkata, pada mulanya beliau seperti tidak dapat menerima kenyataan berkenaan kerana ia amat menyedihkan baginya.

” Ceritanya gini, wife sy perasan anak sulung kami Aezriel atau nicknamenya Ace kurang eye contact seawal dia berumur 6 bulan. Secara teorinya babies make eye contact around 3 months of age.

” Avoidance of eye contact ni is a very strong possible indication of autism. Tapi biasalah kami (lebih kepada sy) bagitau untuk “bagi masa dulu”.

” Bila Ace dah 9 bulan, wife perasan another red flag yakni Ace tak respond bila kami panggil nama dia.

” Biarpun panggil Aezriel ataupun Ace, dalam 10 kali panggil ade lah sekali atau 2 kali dia pandang tu pun sekilas lalu ja.

” Time tu bini start tengok video pasal autism & somehow banyak traits yang ada pada Ace tapi yelah hard to be 100% sure sebab masih terlalu awal.

” Ace tak tunjuk typical behaviour macam jalan berjengket, tangan ber-flapping tapi dia ada susun kereta in one line yang kalau kami kcau susunannya dia tak mrah, bila bermain dia kadang2 join budak lain dan kadang-kadang dia main sendiri.

Menurut Dr Say, ketika itu isterinya menangis kerana sudah dapat mengagak sesuatu yang tidak kena menimpa anak mereka.

” Jadi sy agak sukar nak pick up whether ini betul autism atau just developmental delay tapi bini dah mnangis-mnangis sebab dia tersangat yakin yang something is “different” with Ace.

” Maka masa Ace 1 tahun 6 bulan (Nov 2020) we decide to assess Ace.

” Again masa ni pun masih terlalu awal untuk buat diagnosis what Ace is having tapi keputusan assessment tu tang social skill Ace memang jauh ketinggalan berbanding development yang lain.

” Maka kami start Ace on ABA therapy untuk 6 bulan dari dia setahun 7 bulan (Dec 2020) sampai lah dia 2 tahun (May 2021).

” A lot of improvement seen tapi memandangkan ada pelbagai kekangan kami terpaksa hentikan terapi Ace.

” Masa ni pun kami dah dapat date untuk berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak which was on 13 Oktober baru-baru ni (buat appointment sejak Mac 2021).

” Jadi 13 Oktober kami bawak Ace berjumpa paeds developmental specialist, Dr Cindy di Sunway Medical.

” Dr Cindy cekap, tak perlu masa yang lama untuk dia come to a final diagnosis yang Ace moderate autism. Terduduk saya dibuat perkataan “moderate” tu.

” Saya menjangkakan yang Ace hanyalah mild autism sebab bagi saya tak berapa kuat ciri-ciri autisticnya. Dunia saya jadi blank. Saya tak boleh terima.

” On the way back saya terdiam because it’s too much for me to grasp. Soalan yang sama keep on berulang dalam kepala saya “Kenapa kena dekat Ace? Dia bijak, ceria & comel. Kenapa dia?”.

” Menangis saya sepanjang perjalanan pulang sebab autism ni bukan macam pnyakit yang makan ubat boleh sembuh but it’s a condition yang akan stay with him lifelong. Tulis ni pun buat saya berlinang air mata,” katanya.

Pengacara Tanya Doktor itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram peribadinya.

Tambah Dr. Say, perkongsian tersebut dibuat untuk  memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana tentang perkembangan anak-anak mereka.

” Mak dan bini saya larang saya cerita benda ni tapi I think it’s necessary so that parents out there ambil peka dengan perihal akan perkembangan anak-anak.

” Jangan jadi alpa seperti saya “takpe bagi masa dulu” atau “biasalah anak lelaki cakap lambat”.” Pesannya.

Pun begitu, Dr. Say mengakui kini dia sudah mula beransur-ansur, sikit demi sedikit untuk menerima kenyataan berkenaan dan cuba membantu sedaya upaya untuk anaknya.

” Slowly I am accepting the fact that my son is gifted. Sedih, menangis, menyesal tak berguna sebab it won’t change the fact that my son is autistic.

” Apa yang kami perlu lakukan sekarang is help him through intervention.

” I am lucky and blessed bini peka dengan kelainan Ace awal-awal dulu dan mujur kami dah start terapi awal-awal dulu or else mungkin lain diagnosis Dr Cindy terhadap Ace.

” InsyaAllah November kami akan start terapi Ace sekali lagi. Kalau dulu 2 kali seminggu terapinya, kali ni kami tingkatkan kepada 3 kali seminggu. Gonna give my best to my son. Daddy is going to stay with u till my last breath,” luahnya.

Isteri Dr Say, Dr. Azura, baru-baru ini melahirkan putera keduanya melalui proses pembdahan pada 18 Ogos lalu.

Sumber: gempak dan IG Dr Say

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.