Connect with us

#news

Dugaan Frontliner Terpaksa Sarung PPE Semula, Mohon Doa Agar Tidak Rebah Semasa Bertugas

Kebelakangan ini, warga Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai penularan wabak Covid-19 berpunca dari satu kes import positif yang impaknya melibatkan ramai orang.

Disebabkan itu, beberapa buah kampung yang disahkan mempunyai kes positif dari Kluster Sivagangga di Kedah diletakkan di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Pentadbiran.

Nama kampung yang terlibat adalah Kampung Pida Satu, Megat Dewa di mukim Ah, Kampung Bendang Dalam (mukim Binjal) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap).

Akan terus kuat
Ekoran daripada kejadian itu, pasukan petugas kesihatan bahagian Padang Terap telah menjalankan pemeriksaan dari kampung ke kampung terlibat bertujuan melakukan saringan.

Pohon doa semua
Sehubungan itu, pihak Unit Kesihatan Padang Terap meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka supaya mereka kekal kuat dan tidak jatuh sewaktu menggalaskan tanggungjawab berat itu.

Akhir perkongsian, pihak sumber juga meminta orang ramai untuk kekalkan semangat diri mematuhi SOP kerajaan khasnya untuk mereka yang berada di kawasan merah dan sesiapa pun tidak dibenarkan keluar dari rumah selain ketua keluarga yang diberi gelang khas.

KIta jaga kita!
Perkara yang dimuatnaik oleh PKD Padang Terap itu dikongsikan balik menerusi akaun rasmi Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Selamat berjuang buat Frontliner
Hasil dari perkongsian itu, ia mendapat ribuan ‘likes‘ dan komen yang dilemparkan pengguna alamaya tidak terlepas mendoakan barisan hadapan untuk tidak berputus asa dan terus menempuh cabaran dengan hati yang cekal.

Kecewa rasa bila Frontliner perlu sarung PPE semula.

Sumber: omm

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya