Zarina Zainuddin Kasi Azal RM1OOO Tetapi Bila Diperiksa Hanya Tinggal RM1OO. Rupa-rupanya Ini Yang Terjadi

Pelakon Zarina Zainuddin, 51, terkilan namun redha apabila wang sebanyak RM900 milik anaknya Azal, 25, ‘lesap’, baru-baru ini.

Zarina berkata, sebelum itu beliau memberi RM1,000 kepada Azal untuk kegunaannya.

Biarpun redha dengan musibah dan nasib malang tersebut, beliau tidak menafikan berasa sedih kerana ada individu yang sanggup mengambil kesempatan ke atas anaknya yang menghidap autisme itu.

“Saya sebak, tetapi betul-betul reda. Cuma sedih kerana Azal itu anak istimewa pun, ada orang terasa nak ambil (kesempatan). Bagi saya RM900 itu banyak.

“Selalunya kalau ke mana-mana, saya yang bayarkan tapi tempoh hari, dia minta berhenti di stesen minyak nak beli barang. Kemudian, dia tunjuk beg duit kata duitnya tinggal RM100.

“Saya tanya dia, terlupa di mana-manakah dan dia jawab memang dalam dompet itu saja duitnya. Saya kata, tak apa bukan rezeki kami dan bersangka baik sajalah,” katanya.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu nyata bersimpati dengan musibah dan nasib malang yang menimpa anaknya itu, apatah lagi wang berkenaan diperoleh hasil dari titik peluh dan kerja kerasnya.

“Kasihan sebab dia kerja tapi orang lain ambil duit dia. Memandang dari sisi baik, mungkin orang yang ambil itu dalam kesusahan, tak tahu mungkin sudah ditakdirkan bukan rezekinya.

“Kita diajar tidak ambil duit orang, usik barang orang. Kalau nak, kena minta izin dulu,” katanya.

Sebelum ini, Zarina berkongsi mengenai perkara itu melalui Instagram Live dan meminta Azal bertenang dan redha serta menghalalkan wang yang hilang itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Untuk rekod, Zarina adalah ibu kepada pasangan kembar autisme, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal).

Selain berlakon, Zarina juga terkenal dengan jualan pulut kuning bersama rendang yang mendapat sambutan positif pelanggan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.