Connect with us

#kerabat

Dulu kaya krja oil&gas, skrng bila sakit kena dialisis, ayah pun xambil peduli. Blik hspital naik moto je.

*gmbar sekadar hiasan

Boleh panggil aku Irsyad. Aku bukan muda lagi, dah umur 34 tahun ni. Inshaallah kalau tak ada apa hujung tahun ni aku dah capd, Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis. Bagi yang tak tahu ini adalah dialisis air bagi mereka yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Mesti ramai dah familiar dengan dialisis drah, biasanya kena dilakukan seminggu tiga kali.

Berlainan dengan capd kena dilakukan setiap 5 jam sekali. Bagusnya capd dia leh keluarkan garam dengan potassium dalam drah, tapi kau mesti berak hari-hari kalau tak meletop perut kau (gurau je). Kisah aku agak berbeza, aku bukanlah seperti orang lain yang makan tak terjaga, minum tak terjaga.

Aku bukan hari-hari makan fast food, bukan hari-hari berjimba makan tak ingat dunia. Aku tak ada diabetes, aku tak ada darah tinggi, aku tak balun boba tealive, ayam double spicy mcdonald hari. Dapat tahu buah pinggang aku mula merosot pun sebab ada ujian kesihatan berkala.

Aku kerja dalam bidang oil and gas jadi badan aku kena fit 70% sebab kalau jadi apa-apa dekat tengah laut agak lama jugak bantuan perubatan nak sampai. Depan mata, kawan aku pernah kena strok dekat atas laut berbuih-buih mulut dia, bantuan sampai dekat separuh hari naik helikopter, tapi tak sempat, kawan aku meni*ggal dalam perjalanan.

Itulah risiko kerja di laut, lagipun sudah sampai ajalnya. Al-fatihah untuk kawan aku. Dipendekkan cerita, masa oil and gas melalui krisis aku pun turut terkesan, nama aku naik untuk retrenchment, dapat pampasan. Aku dapat tahu masa bulan Ramadhan, sayu hati aku, pagi Syawal tu disambut dengan kepiluan.

Salam tempoh setahun tu, aku ada buat biopsi, kali pertama gagal berlaku pendarahan masa tu aku buat dekat Hospital Kuantan. Alhamdulillah kali kedua berjaya aku buat di Hospital Selayang. Doktor kata buah pinggang aku dijangkiti v1rus sebab tu mula merosak, tak pasti v1rus apa mungkin denggi sebab aku pernah kena dua kali. Masa aku dekat hospital aku tak leh bergerak, kalau gerak nanti berlaku pendarahan pada tempat biopsi.

Tak ada siapa teman aku, aku tak makan tiga hari, menyebabkan aku kena gastrik. Aku mintak tolong dengan nurse, takkan takde ahli keluarga yang boleh tolong, aku cakap tak ade, dan aku terkapai-kapai. Aku bukan tak pernah cerita pasal aku masuk hospital, tapi jawapannya sediakanlah barang-barang nak masuk hospital.

Sedih memang sedih, aku takde sokongan moral daripada family. Aku selalu bandingkan mak ayah aku dengan orang lain. Aku discharge wad balik aku naik motor tiba-tiba terlanggar bonggol tiba-tiba perut aku rasa pedih.

Tak jadi aku nak balik rumah sewa jadi aku tumpang rumah kawan kejap. Air kencing aku berdrah. Tak lama lepastu aku rasa tak tahan sebab perut aku sakit dan keras. Aku pergi KPJ sebab nak buang pendarahan dalam perut, insuran aku sampai limit aku guna, dah terpaksa bayar ansuran secara bulanan, dekat RM15k. Aku usaha bayar sendiri.

Ayah aku sejak aku kecik nak aku jadi macam orang lain ada pelajaran tinggi, course dia yang pilihkan, duit pendaftaran aku cari sendiri dia tak hulurkan duit satu sen pun. Memang daripada kecil kalau aku nak sesuatu mesti kena usaha sampai bab pelajaran.

Kadang-kadang aku jealous dengan kawan-kawan aku. Memanglah benda kehendak macam mainan tak semua kawan-kawan aku dapat, tapi bab pelajaran sampai mak ayah diaorang sanggup bergolok bergadai. Ayah aku masa tu tukar kereta kecil jadi yang lebih besar.

Aku absent kuliah sebulan, pergi bajak sawah tapi kena tipu dengan sedara sendiri, dapat makan hari-hari tapi takde upah, aku kerja free guys. Aku dah kena perli dengan pensyarah sebab tak bayar yuran.

Last sekali aku lari selain tak cukup duit tempat belajar aku tu kuat buli dan ragging. Aku cari kerja kemudian belajar sijil daripada tahap 1 sampai tahap 3, alhamdulillah masa tu aku dapat tajaan. Lepastu aku kerja, aku kumpul duit untuk dapat lesen naik laut, lebih kurang RM2500. Gaji aku masa tu masyuk jugak, aku boleh kumpul RM30k dua kali.

Aku boleh tambah bilik rumah mak ayah aku, aku boleh bawak satu family bercuti banyak kali, semua aku sponsor. Aku boleh ride satu Malaysia memang heaven. Aku tak berkira bila kawan-kawan dan family aku susah tapi bila aku susah ? Aku ada tunang masa tu, namanya Mira Faizah.

Masa aku tengah hilang kerja dengan sakit lagi, kena tipu duit dengan kawan dekat RM5000. Bapak aku paksa-paksa suruh kahwin, masa aku senang haritu tak nak buat yelah tunang aku ni bakal jadi medical assistant mungkin takut mengandung masa latihan dah susah, tapi sebenarnya boleh je mintak kebenaran.

Dahlah tunang sampai dua kali, aku nak tahu bila tarikh nak nikah, tapi itupun bapak aku tak boleh set kan. Bapak aku mesti nak buat grand-grand kalau buat aku memang dah tak ada simpanan. Banyak aku fikir dengan nak bayar rumah, takde kerja.

Beli rumah besar kononnya nak suruh family aku duduk situ tapi, yelah rumah mak ayah aku kecik, adik-adik ramai aku nak diaorang selesa. Lepas semua orang tak faham aku, termasuk dengan Mira Faizah aku dengan fikiran tertekan terus putuskan tunang, aku dah kenal dia 10 tahun, ayat aku pendek je, get lost masa dekat phone. Tulah semua sama naik.

Esoknya maknya terus pulangkan cincin. Kalau Mira Faizah tu faham aku mesti dia mesti bagi aku bertenang dulu bagi aku tempoh seminggu dua untuk fikir masak-masak, tapi memang aku tak berjodoh dengan dia, Mira Faizah pun dah anak sekarang. Pelamin anganku musnah.

Aku kemurungan, dari stage 3 naik ke stage 4. Kondisi aku tak mengizinkan aku untuk kerja di bidang oil and gas lagi, merata aku cari kerja tak ada yang sangkut. Sampaikan aku terpaksa kerja di tempat yang haram, komitmen aku tinggi. Sekarang aku dah tukar kerja, aku menyesal kerja dekat situ tapi bila ada peluang aku terus lompat pergi tak pandang kiri dan kanan.

Yelah aku cuma terdesak sebab duit pun dah menyusut tapi kawan aku semua baik-baik dekat sana, jenis tak berkira. Hubungan aku dengan mak ayah memang tak berapa baik, terutamanya ayah aku, semua nak ikut cara dia sedangkan aku dah tak mampu. Macam-macamlah yang bapak aku dah buat daripada kecil tapi bila hal kawen itulah buat aku hilang sabar.

Mak ayah aku ni selalu lebihkan sepupu aku, aku masuk hospital dia boleh pergi majlis konvokesyen sepupu aku ibarat kera di anak sendiri di rumah kebuluran. Doktor psikiatri pun nasihatkan untuk fokus pada kenalan rapat yang sentiasa bagi semangat pada aku.

Dia nasihatkan jauhkan diri daripada bapak aku dan orang yang tak hargai kita sebab luka aku belum sembuh bila dekat dengan bapak aku akan trigger luka aku. Aku selalu doa bapak aku berubah, tapi akhir-akhir ini aku selalu doakan biar bapak aku mati sebabkan covid-19.

Aku dah jumpa calon baru yang fahami aku tapi aku risau bapak aku masuk campur lagi. Bukan anak je boleh jadi derhaka, mak ayah pun boleh jadi derhaka. Mak ayah dekat luar sana aku pesan jangan malu untuk mintak maaf dengan anak, sebab kadang-kadang didikan kita tak adil, ibu bapa juga ada buat silap.

Pembaca budiman, aku dah ckd stage 5 (chronic kidney disease). Macam-macam kaedah perubatan holistik aku dah cuba tapi tak ada perubahan. Aku dah rasa give up, tapi girlfriend aku tak putus asa suruh aku berubat sana sini. Ada yang menipu, tapi tulah asam garam. Baru ni aku ada berubat dengan perawat mistik, dia kata kena berubat asbab terkena sihir.

Sihir jugak boleh rosakkan organ dalaman kita sikit demi sikit, nampak macam sakit fizikal tapi sebenarnya ada kaitan dengan mistik. Selama ni aku pergi mana-mana tak ada yang bagitahu aku kena sihir. Tak lama lagi dah dialisis.

Aku harap kalau ada pesakit ckd stage akhir yang ada unsur sihir yang dah sembuh boleh komen kalau boleh rawatan nak free sebab aku pun tak cukup duit sampai dah meminjam dah ni. Yelah aku pergi kaunseling tak dapat MC, mintak dekat nurse, nurse kata mintak dekat doktor, dahlah cara cakap tu kasar.

Aku terpaksa unpaid leave. Sudahlah jatuh, dihempap pokok pulak tue. Aku pernah balah dengan doktor, kenapa dah lama tak datang kesihatan penting, duit boleh cari kesihatan takde galang ganti. Aku cuma jawab dalam hati, kesihatan penting tapi nak pergi hospital pun kena guna duit jugak.

Aku harap ada yang boleh beri pendapat yang membina sebab aku sangat perlukannya sekarang ni.

– Azzuan (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Mohd Hanif : Bro, Allah sayang kat ko bro. Ujian hebat untuk orang yang hebat.

Mungkin aku tak sesuai utk nasihatkan ko utk “bersabar” sebab aku tidak “melaluinya” tetapi nasihat aku adalah “bersahabatlah dengan takdir”.

Kuncinya adalah redha dengan Allah dan insyaAllah “Allah redha dengan anda” Semoga ganjaran yang sesuai adalah syurga. Aminn

Wahidah Md Esa : Hebat ujiannya. Macam ni… Dalam dunia ni ada perkara yang kita tak boleh ubah, iaitu orang lain. Awak fokus kat diri awak ja. Fokus hubungan awak dengan Allah swt.

Psl ibu bapa awak, yg lps, yg sakit jgn dikenang diingat, redho, awak doa byk², awk anak yg baik dan soleh, doa one day nnt syurgalah tmpt korg bertemu n bahagia hakiki… Dunia ni tmpt ujian, fana.

Macam mana ya kami semua nak tolong encik ni bab kewangan. Aku rasa masalah besarnya adalah kewangan. Bila kewangan ok, InsyaAllah no stress n kesihatan pun akan bertambah baik.

Aku faham sebab suami aku pun ada masalah kesihatan, tapi tak la tahap kronik kena masuk kuar hospital tapi tu pon dh rasa down kadang bila kewangan tak bape.

Musim cobid ni lagi la. So skrg mmg encik ni perlukan wang dan alhamdulillah skrg ada teman wanita yang baik ikhlas so bab ni encik kena bersyukur hargai n terus fokus kat org yg ikhlas sygkn awak.

Semoga terus kuat dan tabah. Susah juga sebenarnya pasal tak tahu nak tlg encik ni macam mana. Pape pon semoga dimurahkan rezeki. Aamiin ya rabbal’alamin..

Continue Reading

Trending